Life is a song - sing it. Life is a game - play it. Life is a challenge - meet it. Life is a dream - realize it. Life is a sacrifice - offer it. Life is love - enjoy it.

Logo Design by FlamingText.com
Logo Design by FlamingText.com

Monday 2 September 2013

HAJAT ABAH!!!

Assalamualaikum

Bila final dah makin dekat ni, rase berdebar debar pulak. bukan sebab takutkan exam aje, tapi test, kuiz, assignment, presentation dengan proposal segala nak disiapkan lagi. sampai tak cukup masa nak bernafas *over kan*. Tapi memang sangat sibuklah sekarang ni. Dan lagi satu, kalau sem ni dah habis, next sem I'm gonna be a senior. *hohoho*. Part 6 dah koi nanti weh. Terase macam baru semalam masuk UITM as a part 1. Masa berlalu dengan sangat pantas kan. Dan lepas tu pejam celik, pejam celik dah graduate Insya-Allah kalau tak repeat *mintak jauh*.

Jadi dikesempatan itu, semase nak menunggu further study ke Degree, taknaklah membuang masa kat rumah ternak lemak. Jadi hajatnye naklah bekerja. Nak belikan something untuk mak abah. Kalau Chu Yang mesti ade cerite anak anak die dok beli hadiah untuk die sokmo. Mak aku haruslah jeles kan. Baru baru ni die dapat gelang emas sempena Hari Ibu. Mak aku tunjuk ke kakak aku. Kakak aku pon still, belajar, dah guane nak membeli hadiah ke mak. Tahun depan baru start kerja. Jadi aku sangat terkilan di situ bila aku masih belum berjaya nak beli apa apa hadiah kat mak abah.

Jadi sebenarnye, cerita yang aku nak cerita ni berkaitan degree lah. Semalam, waktu abah hantar balik kolej lepas balik dari Kuantan, abah suruh aku pergi ambik MUET semule. Sebabnye akak kate haritu Dato' Sahol kate kalau nak sambung medic kene MUET band 4. Tapi disebabkan band aku sipi sipi nak band 4, so abah suruh aku repeat supaye aku boleh sambung medic. Begitulah ceritanye. Abah kate tak kisahla kalau kene bayar rm100 nak repeat semula.

Abah kate kalau taknak medic, ambiklah mata ke, gigi ke. Okey, semua tu kenelah berkaitan medic. Aku baru je nak terima hahikat boleh sambung MLT je. Tapi akak kate suruh pegi cek semule memang betul ke MUET tu kene band 4. Tapi memang gayenye abah nak suruh aku jadi doktor je. Aku boleh je, since aku memang otak lebih ke BIO, tapi masalahnye tak tahulah aku mampu ke tak nak realisasikan impian abah tu. Hajat abah memang terlalu besar. Akak kate, ambik O&G pon bolehlah.

Jadi sekarang ni, aku dah mula merisaukan pointer aku yang tak tahulah boleh ke tak nak naik ke 3.7 dalam masa 2 sem berbaki ni. Sekarang ni baru 3.43. Aku kesal sikitlah pasal sem lepas sebab dapat 3.49 je. 0.01 to DL. Sangat sesal tak sudah. Tapi takpelah. Mintak mintak sem ni aku boleh dapat DL until next sem. So let's fight to success. Yeah!!!

Wassalam



Terima kasih daun keladi sudi baca entri ini. Weu Weu.