Life is a song - sing it. Life is a game - play it. Life is a challenge - meet it. Life is a dream - realize it. Life is a sacrifice - offer it. Life is love - enjoy it.

Logo Design by FlamingText.com
Logo Design by FlamingText.com

Monday 8 September 2014

PALAM SEROUND

Assalamualaikum

Harini tanpa plan awal2 aku dan puak2 Jengka telah pegi round satu Palam ni. Haha. Takde la satu sangat sebenanye, certain tempat je. Actually aku ade ajak Iyf semalam pegi round dan hasilnye pagi tadi die dah gather semue buddies Jengka. Aku bangun dekat 9.15 camtu nampak Anati tengah siap2 nak keluar. Aku pun capai enset bukak tenet, wasap Iyf msk ajak round kampus. Demit. Pukul 8.55 Iyf anta. So aku bgnla terus pi mandi siap semua. Main rembat je baju ape ade. Hasilnye dlm 20 minit aku siap.

So tempat perjumpaan haruslah di tangga kejayaan. Nampak dari jauh buddies yg dh lame tk jumpe. Haha. Acctually takde la buddies sgt, tp bakal jadi buddies kt sini. True buddies aku semua dah tercampak jauh. Kema kt Shah Alam, Mimi kt Arau, Shazleen kt Jengka dan aku kt Palam. Takpela, rezeki masing2. Ade masa masih boleh jumpa. Seriously aku rindu sgt kt dorg. Dekat 5 bulan tak jumpa. Nampak gayenye jumpe time konvo nanti ajelah. Wuwuwu T_T. Berbalik kpd buddies td, ade kami2 ni dekat 8 org. Aku, Iyf ngan Ayu ambik PT (Fisioterapi), Syuwai ambik Farmasi, Zati ngan Wani ambik MI (X-ray), Sarah ambik NAD (Dietetics). Ade lagi due org Sobah ngan Zira tapi dorg tak ikut sbb tak blk lagi. Sobah same ngan aku, Zira same ngan Sarah.

Jadi perkara pertama yg kitorang buat ialah menuruni tangga kejayaan. Uuuu, sekejap je turun tak rase penat pun. Haa kau turun mmg tak rase ape kan. After tangga ade PSB yg aku kira mungkin dlm 5 ke 6 tingkat. Die kire macam pusat oelajar la. Dulu sblm library siap ade die buat library sementara kat belah atas. PSB ni ade gak ATM ngan cash deposit Bank Islam dan 2 tingkat tempat makan yg dinamakan Kafe Pendeta. Even due tingkat masih lagi tak dapat nak menampung jumlah student yg ramai. Kalau waktu peak tu a.k.a lunch (10-2) mmg sesakla. Sbb mostly student takkan blk ke kolej. Gila kau nak balik semata nak makan. Nak naik tangga tu pun dah semput. Seriously aku ckp selagi kelas haritu tak habis mmg aku takkan balik. Cukupla aku naik turun tangga tu sekali sehari. Kalau kat Jengka takpe. Tangga kat sini legend. Takde sape boleh challenge. Hah bangga sbb tangga pulak, kau dah kenape. Berbalik pade kafe tadi tu, dorg ade gak ckp ade kafe yg baru bukak kt sebelah library. Cuma jauhla. Tapi kalau dah lapar tu kisah ape yedok. Kasi jalan aje. Bila dah lapar, jauh pun tak terase.

Lepas PSB ialah jejantas. Ni kire macam jejantas pejalan kaki tu. Sebab kat bawah die ade jalanraya. Jalan die due lorong so tak boley main pintas2. Lagipun takde sape yg rajin nak turun dekat PSB tu lintas jalan pahtu naik balik kat FSK 7. Melainkan budak2 hotel ngan budak akaun sbb dorg punye fakulti tak bersambung ngan PSB sbb bangunan tu baru siap. Kat tepi2 jejambat ni ade kerusi batu. Kirenye kalau penat jalan2 tu bolehla lepak kejap lepaskan lelah. Tapi kalau dah lambat nak pi kelas tu haaa mmg tak ah kan. Lepas jejambat ialah FSK 7. Blok bangunan FSK sgt bnyk compare dgn fakulti lain sbb bnyk dept bwh FSK. Jumlah FSK ade 4. FSK 7, FSK 2,3,4 , FSK 6 dan FSK 1,5. Kat FSK 7 banyak dewan2 kuliah dan ade jugak mesin ATM serta verai jualan MASMED. Disebabkan student die jujur, so pihak MASMED letakkan barang jualan dalam peti rak plastik beserta bekas duit. Haaa kau kalau tak bayar makan makanan haram la jawabnye kan.

Ke kiri FSK 7 ade FSK 2,3,4 ke kanan plak ade FSK 1,5. Terus ke depan dari FSK 7 ade FSK 6 dan FPTP. Blok ni yg paling tinggi sekali mmg boleh nampak dari jauh lagi sblm sampai front gate UiTM. Aku tak pasti ade berapa tingkat tapi bangunan ni berkembar dua. Belah kiri FSK 6, belah kanan plak FPTP. FPTP ni untuk fakulti perniagaan combine sekali dgn pengurusan maklumat dan yg seangkatan dengannye. Sebelah FSK 1,5 ade HEA, HEP ngan PNC. Sebelah lagi FF 2 ngan FF 4. Belakang FF 2 ade FF 1 dan sebelah FF 1 ade FF 3. Habis ronda fakulti, tempat seterusnye adalah library. Library ni baru. Baru siap tahun lepas. Akak senior kate batch kitorang bertuah sbb mostly bangunan baru siap. Even dewan besar pun baru siap dan kitorang tak sempat nak usha sbb dah penat. Kitorang tak dpt msk sbb library tutup. So lepastu kitorang terus balik ajela.

Haaa, yang ni part paling gila sekali. Memang gila. Serius gila. Tak tipu. Disebabkan semuenye cuti lame dan aku tau mmg bukannye jenis kaki jogging, haa kau semput tengah jalan. Rasela penangan tangge maut ni. Time naik tu haa rasela otot2 kaki aku meregang. Cehh mentang belajar fisio, otot sume nak keluar. Puii. Tapi seriesla even time keje dulu aku dekat 5o kali sehari turun naik tangga, yang ni mmg legend penangan dia. Sape datang UiTM Palam tak try tangga legend ni mmg rugi. Baik takyah datang sini. Wakaka. Sambil naik tu aku sempat la kire. Ade la dekat 189 anak tangga. Kalau aku tak silap kira la. Mungkin tersilap jugak sebab biasela tak penah naik tangga tinggi kan, otak tak berape nak centre. Kiki. Sampai atas haaa mmg semue dok menyandor lepas penat. Iyf sampai nak pitam sbb die ade lelah plus die tak makan dari semalam. Tapi lepas okey die berkeras jugak nak ikut kitorang pegi KKPA beli nasik even kitorang berkeras suruh die balik rehat.

Kat KKPA aku beli cable LAN sbb kengkonon la kan nak sambung internet. Sekali try cett puii tak dapat pun. Nasibla RM7.50 je. Tapi RM7.50 pun aku boleh mkn nasik 2 kali derr. Jadi in the end terpakse la aku mengharapkan broadband hotspot yg bakal tamat riwayat beberapa hari lagi kalau tak bayor bil die. Punoh harapan nak download RunningMan banyak2. Aku dahla peminat tegar. Time keje dulu salu tak dpt tgk. Jadi aku terpaksala meminta dari pembekal tegar aku iaitu Ekema WinkkWinkk. Haaa, tapi nak mendapatkannye tu tah bile. Angan je la ko. Haha. Lepas balik beli nasik, masing2 berambus naik bilik masing2. Penat kateko. Nak menyambung bicara gelak huhahuha pun dah tak larat.

Lepas naik bilik ko tau jela kan. Mood boring tu datang balik. So aku pun dengan mesra senyum selebar mungkin pergi menemu ramah housemate2 ku di bilik A dan B. Rupanya mereka semua kawan satu kos dan senior FSK ambik OT (pemulihan carakerja). PT ngan OT ni mcm adik beradik je sebenarnye. Die bahagian terapi otot2 dan banyak kat hospital. Beza dia PT ni mcm..... aku tak ingat dah ape beza dia. Haha. Tapi akak tu ckp PT lagi famous dari OT. Even kat hospital pun doc lebihkan PT dari OT sampaikan due2 dept ni boleh gaduh. Doc pun kadang2 confuse nak bagi patient pade OT atau PT. Dan life aku lepas ni mmg byk aerobik la kan sambil mengelilingi kampus pakai tracksuit mcm budak SR Jengka yg sangatla aku menyampah dulu. Haaa tu ah, nyampah2 lagi kan dah kena batang idung sendiri kateko. Tapi takpela kan. Belajar tu macam2 cara. Kalau kita belajar ni niat kerana Allah dan nak bantu rakyat Malaysia dan seumpamanya, kita kena ikhlas dan reda. Barulah berkat dan berjaya. Haaa gitu.

Okeyla. Currently the time is 1.14 a.m. so its time too sleep. Besok ade taklimat kat Dewan 500 kang aku dok hangguk2 buat headbanging plak. Kiki. Genite

Wasalam

Saturday 6 September 2014

PALAM YO!!!

Assalamualaikum w.b.t

Akhirnya selamat juga sampai di bumi Palam nan indah nan jauh nan luas nan penat. Haha. Aku gerak dari rumah along (Desa Alam) lebih kurang nak dekat2 kul 10 pagi. Mula2 along ajak naik satu kereta je tapi bile die tgk barang aku yg banyak gaye nk pindah rumah tu, haha, sorryla kan. Aku ikut highway Guthhrie. Hala ke Meru semua tu. Yesss. Memangla absolutely tersangat jauhnye. Even dengan Uitm Puncak Perdana pun jauh. Dengan jalan die tu aku teringatkan Jengka. Serius Palam macam Jengka. Kat pedalaman jugakla. Bandar die aku tak sure sbb tak lalu dan aku anggarkan agak jauh jugakla. Tapi yg pasti jauh jugakla dari Jengka. Acanola nanti kalau kene duk lua. Demn.

Dari jauh lagi aku dah nampak bangunan2 dia especially bangunan FSK (fakulti aku). Cehhh cam bangga jap. Feeling die tu debor weii. Aaa over debor die tu sampai naik bulu roma. Ade la 5km lepas tu baru le sampai pintu masuk. Dari pintu masuk ke fakulti2 je dah dekat 2 ke 3 km. Haaa kau, kalau masuk sini memang takdenyela nak lari tanpa izin malam2. Silap2 aribulan sempat pengsan dulu sblm sampai front gate. Jauh pepalih. Yelah sebab nk pusing bukit. Haaa duduk lagi kt puncak. Itula padahnye. Ahaha. Dari fakulti nak ke kolej plak ade lagi tambah 2 ke 3 km gak. Haaa kau, agak2 ni kalau ronda satu kampus ni mau makan seminggu ni. Ni dah kire rekod jarak rentas desa sekolah aku dulu. Ni pun nasib baikla aku da google siap2 pasal Palam ni. Kalau tak mau kene kejutan budaye ni. Actually kalau nak compare ngan Shah Alam, Palam ni kirenye lagi organized la die punye bangunan. Kalau Shah Alam konpius aku dibuatnye. Masuk sini kolej, keluar sini fakulti, masuk sana plak DATC. Tak tahula aku. Boleh sesat sana.

Sebelum sampai kat fakulti tu ade akak guard tu kasi envelope kunci semua. Tengok2, gulppp!!! A2805. Gila kau. Blok A2 tingkat 8. Seb bek ade lif. Kalau tak aaa malam kang baru siap punggah barang. Kalau tingkat 2 ke 3 takpe lagi sebab dah bese time zaman2 Jengka dulu. Ni kire aku dah menceroboh ke kawasan lelaki la ni sbb actually kalau ikutkan Kolej Angsana ni utk boys. Yang gegirls duk kat Kolej Rafflesia. Haa untung Iyf dpt R4 sbb dekat sikit nk turun ke tangga kejayaan tu. Aku ni nak kene menapak jauh sikit. Aaa tula sape suh daftar lambat. Ni along la ni punye pasal. Dah dapat kunci pergila redah kan nak masuk bilik. Angkut barang sume. Seb bek along and the family ade. Kalau tak mau kene ulang alik 2 ke 3 kali ni. Bile naik lif dgn barang2 bnyk ni sume, mmgla lif tu ko je kan yg conquer semua. Kalau tak duk beep beep jela overload kan. Ahaha. Aku kire orang last la dlm umah tu. Kalau lambat sikit kene campak msk rumah depan.

Rumate aku budak farmasi. Aku salu la dengar cite budak2 farmasi berlagak sikit. Biasela kan kos hebat. Hmphh kisah plak aku kan. Tapi harap2 die takdela camtu. Tadi aku tanye nampak cam baik je. Ahhh kalau die belagak ngan aku, aku seligi kepale die. Kiki. Lepas dah siap punggah barang pegi makan kat KKPA. Ingat nk pegi KKPR. Nampak je dekat tapi tangga nak turun pegi ke sana hujung dunia. Bapakla jauhnye. Even kat Jengka yg DM sepelaung tu pun aku malas nak pegi inikan plak hok jauh tu. Kat sini macam2 la gerai ade. ABC pun ade. Coolblog pun ade. Kate senior utk student harge murah sikit. Ye ke dok tak tahula. Harga kira murahla jugak. Lapan orang makan Rm21. Tu tak campur air. Ala air singgit je pun. So lebih kurang Rm30 je la. After lunch, lepak2 kejap then mak balik. Mak antar sampai ke lif. Waktu pintu lif nak tutup tu haaa mmg la rase nak nanges. Haha. Typical la tu. Mule2 je. Sbb tak biasa. Kalau kat Jengka hah, rilek je. Steady cool. Wakaka. Sekarang ni barula aku menghargai Jengka. Sebab Jengka kecik je. Senang. Tak payah pening2 kepale naik tangga kejayaan. Naik tangga uwais ke. Biarla kene langkah besar pun. Kalau duk luar, duduk plak kat TJI2, perghhh sedap dah naik bas free. Kat sini naik rapid pegi fakulti sekangkang kera tu pun kena bayar Rm1. Sbb die tetap ikut zon kan. Tapi apsal ek sini tade bas Uitm. Demn. Memang jawabnye aku kene naik turun jela tangga kejayaan tu. Memangla lepas tu aku kurus. Dah tak payah pegi gym dah even kat Palam belambak gym.

Haaa, dah sampai bilik apalagi, ko tak tau nak kemas barang ke. Siap2 kemas aku pun tak tau nak buat ape. Duduk melongo sorg2 sbb rumate aku ni tah kemane peginye. Orang lain plak pintu bilik semua dah tutup. Aku malasla over ramah nak pegi ketuk bilik dorang. Kang aaa mengganggu privacy plak. Then akhirnya aku pun melepak la atas katil sambil mengomel kat sini menunggu kepulangan rumateku. Aaa ni kang sempatla mate terpejam sejam due ni kang. Ishhh kalau aku tau ni tadi nak je aku ikut mak balik. Esok datang sini balik. Boleh je naik rapid tu. Demn. Bosan gila. Kalau ade ramai budak2 Jengka sini, akh rela pergi menjenguk dorg walauoun dorg kat R1 sana sekalipun. Wuwuwu. Sadis betul bila terperosok kat pedalaman ni. Haha. Cant wait for monday. Nak masuk kelas meeting new classmates. Untung2 jumpe budak blok same ngan aku. Boleh pegi balik kelas sesame yedok. Ahaha

Hokeyy so good luck everybody yang masuk degree tu walau kat mana sekalipun. Lets rock our student's life again. Havoccc!!!

Wasalam

Terima kasih daun keladi sudi baca entri ini. Weu Weu.