Life is a song - sing it. Life is a game - play it. Life is a challenge - meet it. Life is a dream - realize it. Life is a sacrifice - offer it. Life is love - enjoy it.

Logo Design by FlamingText.com
Logo Design by FlamingText.com

Tuesday 31 December 2013

BYE 2013!!!

Assalamualaikum

Tinggal tak sampai sejam je lagi 2013 akan melabuhkan tirainya *ceh ayat cam nak bagi ucapan award gagaga*. Apapun diharapkan tahun 2014 yang bakal tiba memberikan banyak kebahagiaan, kegembiraan,kerahmatan dan semoga tahun 2013 memberikan kita peringatan dan pengajaran untuk masa hadapan. Marilah mulakan tahun yang baru dengan membuka lembaran baru bersama azam dan harapan baru. InsyaAllah. Let's roll on to my precious 2013.

Wasalam

Thursday 26 December 2013

DON'T KNOW WHAT TO DO

Assalamualaikum

Okay. I'm so bored. That's why aku cam selalu muncul kat sini. Nak luahkan segala gala perasaan aku kat sini. Waaaa, bile cuti nak habis. Aku rasa macam dah bertahun cuti. Seriously, inilah pertama kali aku rasa cuti macam tak best. Macam ada something tak kena. Maybe sebab aku risaukan pasal projek aku yang tak start lagi tu. Maybe. Hughhh. Rasa macam nak blah dari rumah pun ade. Balik Jengka maybe.

One another thing sebab bile aku bukak twitter, insta dan yang seangkatan dengannya, adelah kawan kawan aku ni duk pos diorang pegi holiday sana sini serata Malaysia. Honestly, this is making me feel really really jelly 1000x. Geramnye. Aku pulak buat apa? Macam biasa, cuti dok rumah jadi anak dara pingitan yang tak gaye anak dara pun. Makan, tido, movie. That's it. Bukan aku tak suka berjalan. Aku suka sangat. But the problem is takde sapa nak bawak aku. Mak abah aku ni memang jenis tak suke pegi berjalan ke apa, aku pun tak tahu. Kecik kecik dulu je la. Sekarang diorang dah tua, so diorang malas. Maybe. Aku ni dah berabad lama tak tengok negeri orang. Rase macam katak bawah tempurung, tak tahu apa apa. Bila kawan kawan aku dok bercerita, aku mulala tak paham. Sometimes I do ask. Tapi bila diorang soal aku balik 'kau tak tahu', ha time tu memang rasa kerdil. Rasa nak lempang diri pun ada.

Maybe that's why bila aku keluar, gaya dia macam orang jakun sikit. Benda dah wujud lama, tapi aku baru tahu. Kesian aku ni. Then aku pun ends up dalam bilik kesayangan aku ni. Mak abah akak aku memang sokmo la marah aku asyik berkurung dalam bilik. Dah tu, aku nak buat apa kalau duduk luar bilik pun. Paling paling pun dok tercanguk depan tv tengok cerita yang entah dah berapa ribu kali tayang. Nak keluar rumah? Apa yang ada kat luar rumah aku? Pokok, batu, kayu, kucing. That's all. And I just don't know what my parents want from me when I'm home. Everything I do seems not right. Tak tahula diorang risau ke apa, tapi ada rasa kurang senang di situ.

Nampak tak. Waaaa. Aku bosan hidup macam ni. Sangat lifeless. Nak keluar jumpa kawan, diorang pun aku tak tahu cuti ke tak. Kalau aku nak pergi jalan ke bandar Raub tu sorang sorang pun no hal. Tapi masalah transport dan duit. Nak naik bas? Aku pun tak tahu wujud lagi ke tak bas masuk ke kampung aku ni. Nak drive? Memang haram abah nak bagi pinjam keta beliau. Duit pulak macam nak tak nak je ade die.

Sekarang ni aku rasa lagi best dok Jengka dari rumah sendiri. Motif? Sebab at least kat Jengka tu hari hari aku jumpa muka baru. Walaupun hanya ulang alik dari rumah ke universiti je. Dan walaupun bandar Jengka tu tak ada ape ape, at least aku boleh keluar. Jadi tak payahla aku duduk rumah terperuk macam ni.

Wahaha. So I hope I can find a husband who loves to travel someday. Wuhehu

Wasalam.

Wednesday 25 December 2013

GONE

Assalamualaikum

I just got news that the real father to my sister passed away. Inalillahiwainailaihirojiun. Dari allah kita datang, pada Allah kita kembali. Akhir akhir ni aku selalu dapat berita orang orang terdekat dengan keluarga aku meninggal. Tak lama sebelum ni jiran aku sebelah rumah pun meninggal. And now I realized that I'm getting older. It's scary. Ya memang takut. Takut sebab nak jumpa Allah bila iman dan bekal masih tak cukup nak hadap Dia.

Aku tak tahu macam mana penerimaan akak. Walaupun dia tak rapat dengan abah dia, still it's her real father kan. Mestilah terkesan sedikit sebanyak. And now she's in her way back to Raub with her brother. May Allah ease everything. Dan aku harap Allah akan panjangkan umur kedua mak abah aku sebab aku masih tak sempat nak berbuat bakti kepada kedua mereka. Amin

Wasalam

Sunday 22 December 2013

STRESSSSS!!!

Assalamualaikum

It's been two days since mid semester break starting. Aku kat rumah ni memang takde kerja lain dah la nak buat selain tengok tv, makan dan tido. Proses kehidupan aku ni dijangka akan diulang ulang sampai habis cuti. Wahahaha. Tapi cuti ni ade kelainan sikit. Aku memang banyak kerja. Cuti pun tak rase macam cuti dah. Ni semua pasal projek fizik tu lah.

Hari jumaat hari tu sebelum balik, aku and the gang pegi bentang proposal depan panel. Memang kene habis habisan sebab aku tak reti nak yakinkan diorang. Last last kitorang beritahu yang kitorang nak tukar projek. Kene perli setepek dengan sir sebab tak beritahu dia awal awal nak tukar projek. It's not the entire project. Hanye objektif, procedure semua tu je. Idea masih sama. Bukannye ape, haritu die kate kalau nak tukar, tukar lepas bentang. Haiiila. Sir tu memang unexpected. Hari ni cakap lain, esok cakap lain pulak. Tak paham aku.

Ni pun aku tengah sibuk nak memikir buat proposal baru. Masalah die sir nak suruh anta dalam masa cuti ni jugak. Dahle aku ni gaye die duduk kat pedalaman kampung orang asli. Line internet die tuh, memang aku benci nak mention. Sangat macam gila. Lappy aku pulak mereng die tu tah bile nak setel aku pun tak tahu. Time aku tengah nak gune duit ke lain die pulak yang buat hal. Kang aku cakap ke abah kang memang mampus kene marah. Ni segale galenye aku buat urusan internet gune phone. Memang juling mate aku dok tengok skrin kecik ni. Sekarang ni aku rase macam nak pegi ikut akak balik SA waktu die balik sane nanti hah. Senang sikit aku nak buat kerja. Ni ade lagi 4 lab repot aku bawak balik ke rumah ni, tak berusik lagi. Entah bile nak buat tak tahula. Ade ni kang aku bawak balik Jengka semula tak berusik. Waaaa stresssssnye aku.

Nak buat urusan projek ni dengan jarak jauh aku jadi pana. Tak tahu nak proceed cemane, nak buat ape dulu. Due minggu pulak tu. Wasap je jadi penghubung. Tu pun aku dah macam pening nak memahamkan ayat die tuh. Haaa stress kali ni memang lain dari yang lain. Aku ni sampai bulan ni period pun datang lambat. Nampak tak kat situ. Memang seriously sem ni aku memang banyak stress. Dengan masalah study lagi, masalah manusia, masalah dunia, masalah duit. Pendek kata memang semua nak buat masalah. Aku ni hanya redha jelah mintak Allah mudahkan semua.

Wasalam

Tuesday 17 December 2013

IT'S FOR YOU

Assalamualaikum

Hari ni aku rasa sedih sangat sangat. Sampai aku dah tak tahu nak buat apa lagi. Aku mampu tadah tangan, doa pada Allah supaya kuatkan hati aku. Supaya aku boleh terus hidup dan hadap semua orang. Entri kali ni aku nak tuju pada sahabat aku, yang mungkin aku kenal dia tak selama orang lain tapi kehilangan dia mampu buat aku menangis. Kalau boleh aku nak sangat luahkan apa yang aku tulis ni, tapi aku tak boleh. Aku tak mampu. Nanti aku menangis lagi. Dan bukan sifat aku untuk mudah luahkan apa yang aku rasa. Sebab aku tak nak mana mana pihak terasa dan anggap aku ni annoying. Lebih baik hati sendiri yang sakit, bukan orang lain.

Kema,

Terima kasih tau sudi jadi kawan aku selama ni. Aku sayang kau macam aku sayang kawan kawan aku yang lain. Tapi kau, Lin dengan Mimi aku sayang lebih sikit. Walaupun aku kenal korang tak lama, tapi aku tetap sayang korang sebab korang selalu sama sama dengan aku. Tapi sekarang ni aku rasa sedih sangat. Sebab aku rasa aku dah hilang korang. Aku dah hilang kawan kawan kelas aku dulu. Aku rasa keseorangan walaupun hakikatnya aku nampak korang depan mata aku.

Kema,

Tweet yang kau pernah kata kau benci semua orang. Aku tau mesti aku salah seorangnya. Aku mintak maaf. Aku takde niat nak sakitkan hati kau. Aku tak tahu kenapa sem ni aku cepat sangat terasa. Mungkin sebab kat rumah ni aku tak rapat sangat dengan orang lain. Aku boleh harapkan kau je. Jadi bila kau layan orang lain lebih dari aku, aku rasa lost. Dah takde orang nak kawan dengan aku lagi. Aku tahu kau mungkin care pasal aku. Bukan aku je, orang lain pun sebab memang itu sifat kau tapi aku dah tak rasa semua tu. Dulu kau penah cakap kau takkan tinggalkan aku sorang sorang sebab aku punye kawan sem ni semuanye dah jauh. Ama, Fai ngan. Ckin duduk kolej. Memey, Anis ngan Muneq pulak duduk rumah lain. Aku tak tahu nak kawan dengan sape kat rumah ni sebab aku tak pernah rapat dengan sesiapapun. Kau je. Tambah pulak sekarang ni kau dah couple ngan Sya.

Kema,

Terus terang aku cakap, aku terasa bila kau lambat beritahu aku pasal kau dah couple dengan Sya. Ye, mungkin aku bukan sepenting Amal, Ain dengan Ira, kawan kawan baik kau. Tapi aku dah pernah teka sebelum tu dan kau taknak mengaku. Fine. Mungkin kau ada sebab sendiri tapi aku memang sedih. Hari tu aku menangis. Kau, Lin & Mimi tanya kenapa tapi aku buat dek. Aku taknak beritahu sebab kenapa aku menangis. Waktu tu kau cerita pasal cane kau couple dengan Sya pada Wani ngan Nora. Aku tak salahkan kau sebab tak beritahu sebabnye sebab aku pun tak tanya. Yang aku sedih kenapa kau tak beritahu awal awal pada aku. Kau kata kau beritahu sebab waktu tu aku punya birthday. So kalau malam tu bukan birthday aku, kau takkan beritahu sampai bila bila ke cane?

Kema,

Hari tu kau tanye kenapa aku beria menangis waktu sambut birthday aku. Sumpah aku cakap aku terharu. Sebab aku ingat takde orang yang ingat pasal aku dah. Dahlah petang tu waktu kelas kau bisik bisik dengan Ira, dengan Anis semua macam ada rahsia besar taknak beritahu aku. Aku ni jenis paranoid. Aku asyik fikir yang negatif je. Memang aku macam ni. Maaflah kalau kau tak suka. Maaf jugak kalau kau benci aku. Maaf kalau aku selalu menyusahkan kau. Maaf sebab selalu buat kau marah. Aku dah tak boleh simpan lagi dah. Ni je limit aku, sebab tu aku cerita.
Walaupun aku tahu kau mungkin tak tahu pasal ni, aku harap kau baca suatu hari nanti. Supaya nanti kau tahu sebab apa aku jadi macam ni. Aku bukan taknak beritahy depan depan sendiri. Tapi aku tak reti. Nanti aku menangis. Walaupun kau nampak aku suke marah, garang ke apa ke, tapi bab bab family ke, kawan ke aku memang tak boleh tahan. Cepat je aku boleh menangis. Sebab apa aku menangis. Sebab aku rasa tu cara aku nak tahu aku sayang orang lain ke tak. Aku pernah nangis macam ni jugak pasal Ain Malek, Memey dengan Ama. Sekarang pasal kau. Sebab kau orang orang yang tergolong dalam orang penting dalam hidup aku. Kalau aku nangis sebab orang tu, maknanye betullah aku sayang orang tu, memang tu cara aku.

Maaflah kalau semua tindakan aku buat kau tak faham aku tapi aku memang macam ni. Mungkin kau rasa kau dah kenal aku, tapu sebenarnya belum lagi. Takde sesiapa yang kenal aku sepenuhnye lagi. Even family aku pun. Aku nak mintak maaf sekali lagi kalau aku buat kau marah dan terasa. Aku buat semua tu sebab aku nak tahu kau care ke tak pasal aku. Tu je. Maaf ye. Aku takde niat nak sakitkan hati kau.

Wasalam


Sunday 15 December 2013

I'M SO DOOMED!!!

Assalamualaikum

Sekarang aku dah mule start rase depress because of the final project. Sem ni pasal Fizik pulak. Stress die berganda ganda daripada projek Biology dulu. And I think this project is too rushing. Bayangkan minggu ketiga dah kena hantar proposal and this week (selasa 17/12) dah kene present the proposal depan panel. OMG!!! Aku sekarang ni macam masih duduk kat awang awangan. Dahlah rasa macam nak give up bile asyik kene tanye soalan bertalu talu dari supervisor.

Projek ni aku buat pasal maglev train a.k.a keretapi terapung macam bullet train kat jepun tu. And I become the leader. Ini semua si Kema Kemim tu punye pasal. Saje nak pedajal aku. One another thing is aku rase macam projek ni dah nak jahanam pon ade. Macam tak nampak ade kejayaan je.

Sebab ape aku pilih projek ni? Sebab the previous idea kitorang semuanya dah kene tolak mentah mentah. Ade la dalam 11 idea gitu. Aku tak tahula ape yang sir aku ni nak kitorang buat sebenarnye. Idea ni pun dapat beberapa hari sebelum hantar proposal. Aku tido pukul 4 sebab nak buat research pasal natang alah ni. Idea ni kire macam bidan terjun gitu sampai aku tak sempat nak pikir panjang ape kerasionalan projek ni sebenarnye. Bile dah approve, kenelah pikir panjang panjang pulak sampai aku sakit kepala bile tahu ade some thing yang agak susah nak buat. Actually waktu kitorang propose idea ni pun sir macam tak yakin je kitorang mampu buat. But since due date for proposal dah dekat so die terima jugaklah kot. Dengan soalan soalan maut die tu lagi, dan asyik aku je kene tanye. Budak budak ni pun semuanye suruh aku jawab sebab idea tu idea aku. Time aku tak dapat jawab barula diorang jawabkan. Stresss mak noksss.

Ni memang aku dah macam debar debar nak present depan panel nanti. Ntah ntah soalan die lagi maut dari soalan sir tu. Takut wehhh. Dahlah haritu proposal die punye procedure die aku tertinggal. Memang akula yang kene jawab nanti. Yes... And one more thing I did feel guilty for making my team members stress sekali same dengan aku. Nak memikir projek ni lagi teruk stresss die dari time ambik final exam. Berganda ganda. Botingkek tingkek bak kate Joe Flizzow tu.

Aku tak tahulah cane dah ni. Sekarang tengah nak siapkan slide untuk bentang nanti and the rest aku cuma boleh mintak tolong pada Allah je supaya mudahkan kerja aku nanti. BismillahitawakaltuAllalah.

Wasalam

Friday 6 December 2013

OFFICIALLY 20

Assalamualaikum

Referring to the title, yes I'm now 20. Kesian kan. Orang lain dah lama sambut birthday. Aku ni je yang tertinggal keretapi *muehehe*. Tapi semalam aku rasa aku touching sangat. Tapi bila fikir balik feeling touching aku tu semuanya disebabkan paranoid aku je.

Sebabnye semalam waktu kelas aku tengok kawan kawan aku dok bisik bisik tak cakap ape ape pun kat aku. Sape tak sedih kan. Dah la buat depan aku. Menangis jugak aku semalam sekejap waktu kelas Prof Supi *touching overload*. Anis pon tegur aku. Pastu lepas kelas diorang keluar bandar ramai ramai tak ajak aku sebab malam tu nak buat makan makan kat rumah. Ajak member member satu course yang duduk kat rumah lain. Rupe rupenye sebab diorang rancang nak sambut birthday aku. Kalau aku tibe tibe cakap nak ikut diorang tadi aku tak tahulah diorang punye reaksi macam mane.*memanglah diorang tak ajak aku kan sebab nanti macam spoillah tak jadi surprise*.

Aku memang tak expect langsung diorang rancang buat semua ni. Patutlah Kema ajak Lin ngan Mimi sekali. Memey, Anis, Nana, Ain ngan Kak Ika pon datang. Malam tadi kitorang masak mi sup, Memey buat bergedel. Aku masak telur dadar lebihan buat bergedel tu tapi hangus *sebab api besar dan aku tak perasan. Muehehe*. Lepas dah siap siap makan tu *ade tinggal seketul ayam dalam pinggan sup aku* tibe tibe Ain bukak pintu luas luas *die kata angin luar lagi sejuk*. Pastu tiba tiba diorang tutup lampu. Aku buat bodoh jelah sampai diorang nyanyi lagu birthday sambil pegang kek *I don't remember who's holding it*. Aku pun tak tahu dari mana datangnya kek tu and bila masa diorang bawak masuk dalam rumah sebab waktu dua dua kereta sampai aku yang pegi bukak gate. Tapi aku rase waktu aku tengah sibuk sibuk kat dapur agaknya *and the cake goes melt sbb tak simpan dalam peti but anyway it's still good*.

Aku pun macam tak tahu nak buat apa, sebab aku tak ingat pon pasal birthday aku *sebab time tu aku tengah blank*. Lepas tiup lilin aku pun terus nangis *sangat touching gilos gilos time tu sampai rasa tak boleh berhenti nangis*. Aku kan memang jenis tak boleh benda benda macam ni. Cepat sangat aku jadi touching. Terharu sangat sangat. Lame jugaklah aku nangis *muehehe*. Lagipun ni first time kot orang sambut birthday aku ramai ramai macam ni. Mane ade kawan kawan aku yang sambut sebelum ni. Tahun lepas pun aku kongsi dengan Mimi sebab birthday kitorang dekat dekat. Aku taklah nangis sangat sebab Mimi ade, tapi yang ni diorang sambut untuk aku sorang so aku macam segan siketlah. Pastu macam biasalah kan main calit calit krim kat muka *esok kompem timbul jerawat*.

But aku sangat sangat appreciatelah semua yang diorang buat tu. Hahaha. Sayang semua orang. Last memory sambut birthday dengan diorang sebelum grad ni. Habis makan semua, diorang pon bukak karaoke pulak. Nyanyi ramai ramai. Aku tengok aje, tak join pon *Jengka baru nak bersinar kembali dengan sinar matahari, kang aku nyanyi terus banjir Jengka ni, muehehe*. Dekat pukul 11 tetamu tetamu *macam rumah terbuka pulak* pon balik. Kang balik lambat lambat takut pulak kan walaupun bawak due kereta. Dahlah kawasan rumah aku ni gelap sikit. Rumah diorang pulak keliling ade orang laki. Bahayalah kan.

And the people in the house continue to karok again. Memang terangkat bumbung rumah. Mesti orang sebelah ingat kitorang buat kenduri. Wahaha *mintak maaf semua*. Lepas tu since Mimi ngan Lin datang, so kitorang buatlah girls talk macam dedolu tu *ai sangat miss zaman lama lama and now mengingatkan dah tak lame lagi dah boleh same same, of course I got teary eyes*. And then my good friend told me she's in a relationship with somebody *and that somebody is the one I know cause I see him every week in class*. Aku dah boleh expect dah semua tu sebab dah jadi waktu sem lepas lagi. She's asking if I'm okay with it, tapi kalau aku cakap tak okey pon macamlah die nak dengar kan *that boy is the one I totally hate cause of his attitude is not so nice toward women, you know that playboy thing*. And that boy got another one that he likes *nampak tak kat situ*. Aku harap diorang okey je berdua tapi memang aku tak boleh nampak diorang same same depan mata aku. It's not because of a jealous feeling, it's more like something yang aku tak boleh describe. Mungkin sebab aku tahu perangai dia macam mana so I don't want that friend of mine getting hurt later *what a good friend I am weuhehu*.

Okeylah. Let's end this entry here. Hahaha. Still touching lagi *nangis bawah selimut*.

Wasalam

Sunday 1 December 2013

OUTING

Assalamualaikum

Hari ni hari minggu. Bangun bangun tido seisi rumah merungut lapar. Ape taknye, bangun nak dekat tengah hari. Wuwewu. Jadi dengan kata sepakatnya semua housemate bersiap siap ke bandar Jengkios. Hari ni tak merempit. Laju laju kol van uitm. Amal je yang tinggal kat rumah. Memey dengan Ain pegi uitm. So ade kitorang bertujuh termasuk Lin.

Sampai sampai bandar ingat nak makan kat foodcourt tapi abg sham dah tersalah faham, so die pegi hantar kitorang kat Jengka Sentral suruh kitorang pegi makan dekat area Warung Mak *abg sham mmg suke menyusahkan org sbb tu aku pantang nak naik van die wuwewu*. Last last pegila makan ke mane aje kedai yang kosong *aku tak tau ape nama kedai tu*. Aku makan nasik berlauk ajo. Save bajet mak kau.

Destinasi lepas tu haruslah pergi keluar duit *duit dalam tangan tinggal rm10. Sobs sobs*. Aku pantang betul dgn bank Islam jengka ni. Minggu lepas kate rosak. Minggu ni offline pulak. Terpaksela menapak pegi BSN. Fah keluar duit barulah rase seronok nak belanja kan. Haha. So lepas tu kitorang pegi kedai kasut. Nampak pulak kasut cantik. Sudah kemestian haruslah dirembat bile nampak murah kan. Hajatnye aku nk beli selipar jepun je sbb selipar aku dah putus *pakai dari semester 1*. Aku beli selipar jepun dengan kasut sekali *tak sedar diri ade 3 stok kasut zalora nak sampai nanti*.

Weuweu. Sekali pandang terus fall in love. Rembat dengan harga RM20.
Ni tujuan utama singgah kedai kasut sebenanye. RM10
Aku mmg pantang bab bab kasut ngan beg ni. Berkenan je, ade duit dlm tangan, cantik dan murah pulak tu terus rembat. Lepas tu aku beli pulak beg. Beg biase biase je. Bawak pegi kelas. Lagipun aku dah lame tak shopping beg. Nak cari kat jengka ni tak banyak sangat pilihan. Dah tu mahal pulak tu mak oi. Tak berbaloi rasenye. Nanti nak tunggu bulan 1 pegi shopping beg kat PAS pulak *wuwewu tak sabau*.

RM10. Sangat simple but santekkk
Lepas tu pegi pulak watsons. Rasenye sejak jengka bukak watsons setiap kali keluar, kedai ni mmg wajib pegi. Walaupun tak beli ape ape, aku puas sekadar tengok je *what a weirdos i am*. Then pegi pulak Verns. Awal awal sem ni, masing masing duit tengah banyak kasut memang item wajib beli. Heol. Then pegi Angel of Love *lagi satu kedai wajib pegi*. Kedai ni pum aku suke gak. Kalau kat Raub die macam ala ala pasaraya Yong. Hari ni aku tangkap 3 pasang stokin *pakai kasut baru tanpa stokin melecet die sakit mak kau*.

Then last destination pegi kedai Dhiya. Kedai ni macam kedai jual jual jamu gitu. Kedai ni pun aku salu gak pegi sebab ikut kawan kawan aku. Biaselah kan sekarang ni aku tak tahulah kenapa kawan kawan aku ni semua pakat nak kulit putih. Maybe sebab memasing dah umur 20an kot. So rase nak cantik tu membuak buak. Hot item yang diorang nak try sekarang is aura white. Yang macam artis artis pakai tu. Harga dia mak ai, mahal mak kau. Rm150. Haha. Tapi takpelah. Duit diorang kan. Wuwewu. Okok. Aku pun tak tahu dah ape yang aku mengarut ni. Wahaha.

Nota kaki : Jengka asyik hujan due tiga hari ni *tetibe*.

Wasalam

Saturday 30 November 2013

BOSANNN

Assalamualaikum

Wuwewu. Here I am again. It's been ages from being here. Haha. Nipun sebab dah bosan tahap dewa dewi cinta. Tengah duduk kat rumah sorang sorang goyang kaki *bosan tahu*. Sebab apa tinggal sorang? Sebab housemate semua merambu keluar tinggalkan aku *sobs sobs*. Aku malas pulak nak balik, tu yang last last tinggallah sorang kat rumah *padan muka*. Tak tahu nak buat apa sangat so aku datanglah sini mengadu nasib. Nak tengok tv pun takde cerita best. Nak keluar pun hari ni cuaca tak elok. Hujan dari pagi. So end up kat rumah jelah *sampai bosan tahap nak muntah*.

Pagi tadi aku tak breakfast pon. Haha. Sebab apa? Sebab terbangun lewat *tak sesuai kawen lagi haha*. Bangun bangun, pegi mandi then aku pon pegi jahanamkan dapur supaya perut kesayangan aku ni boleh makan. Menu nasi goreng. Siap telefon mak nak masak nasik cemana. Actually aku reti masak nasik tapi malam tadi aku masak nasik mentah sebab periuk kecik, air tak cukup nak letak sebab budak budak ni keluar holiday pegi rembat periuk nasik kat rumah*nasik tu end up hangit tak boley makan*. Al kisahnya malam tadi aku terpaksalah pegi merempit beli nasik kat kolej dengan Nora sebab kedai kat depan rumah tu ade jual makanan panas je. Aku malas tunggu sebab perut aku dah kebulur. Tengah hari semalam pun aku tak jumpe nasik *kesian aku ni*.

Mula mula aku ingat nak pegi kedai depan tu ha beli megi ke roti ke kan. Tapi sebab hujan, aku pon masaklah ape yang ade. Tapi dalam peti pon kosong *penuh dengan air je*. So aku end up masak nasik goreng sebab tu je benda simple yang boleh buat. Bahan pon ade sikit sikit. Aku main campak je dalam kuali tu. Sedap jugak *tak sempat ambik gambar nasik goreng sebab dah lapar tahap dewa*.

Berbalik pada nasik goreng tu tadi, adelah nasik baki malam tadi sikit. Aku try masak nasik ikut yang mak aku cakap. Beras pon tinggal tak sampai sepot. Aku letak air ikut mak aku cakap then nasik tu end up hangus lagi *terasa nak nangis*. Aku pun curah air lagi dengan harapan nasik tu boleh jadi bubur. Adelah kot 3 gelas air, tapi tetap hangit. So aku kira balik, tu memang bukan salah aku. Tu salah periuk. Periuk tu nipis sangat sampai air nasik yang 3 cawan pon boleh kering. Last last aku korek la nasik yang bahagian tak hangit tu then aku campak dalam kuali buat nasik goreng. Akhirnya perut aku kenyang jugak. Hahaha.

So sekarang ni aku tengah membazir masa buat keje tak berfaedah nak tunggu lepas Asar sebab petang ni ade date dengan Ara nak pegi pasar. Harapannya petang ni tak hujan dah. Kalau tak terpaksa naik van. Okok. Dah malas nak menaip. Nak layan cerita pulak. Till the next entry.

Wasalam

Sunday 6 October 2013

FINAL FINAL FINAL!!!

Assalamualaikum

Okay. Rasenye dah terlalu lama tak muncul kat sini hah. Berkulat dah kot. Heh. Al maklumlah sem ni melampau sangat busynye berbanding sem sem lain. Tapi Alhamdulilah, semua kesibukan tu akan berakhir 2 hari lagi sebab hari Isnin ni last paper (physics) then going home the next day. Sajelah balik lambat, nak fefeeling sikit dok Jengka lagi sebab nak balik sebulan ni. Lagipun paper habis petang. Mane nak mengemas lagi. Nak bawak turun barang lagi. Tingkat 4 pulak tu. Semput mak aih. Then lepas abes paper, planning dengan gegirls semua nak kelua. Al maklumlah masing masing nak balik kampung. Nanti sebulan tak jumpe, rindu pulak kan.

Sekarang aku dah mula menghargai masa masa aku spent time with le gegirls. Alah sebabnye kan sem depan dah sem terakhir (insyaAllah). Then semua nak bawak hala tuju masing masing. Ade nak sambung belajar lagi, Ade nak keje. Ade gak yang nak kawen. So keep the memories now la kan supaye nanti boleh ingat balik sebahagian kehidupan kiya yang lepas. Nanti rindu rindu sangat bolehla buat reunion.
Sem depan pon aku bakal mulakan kehidupan sebagai NR (non-resident) sebabnye kan dah senior ni payahlah nak dapat kolej. Bagilah kat adik adik ni hah. Dah jumpe rumah dan dah bayar deposit dah pon. Dekat Taman Jengka Impian 2 (TJI 2). Dekatlah dengan rumah akak yang lama.

Sekarang walaupun ade masa setengah tahun lagi nak grad, aku dah mula risau nak sambung ape degree nanti. Tapi for surelah still dalam course lain. Takkan la diploma dah ambik sains, degree nak ambik engineering pulak en. Macam sesat sangat tuh. Haha. Tapi pengkhususan tu masih belum dipikirkan. Balik ni mesti abah dok menanya nanya. Biaselah abah aku tu jenis nak keputusan cepat. Kang tak cepat die pulak buat keputusan untuk aku. Kang tak pasal pasal jadi dokter pulak aku ni. Walaupun tu memang hajat aku sendiri. Okeylah. Mohlah kita sambung study semula. Ni selingan je sebab kepale dah tepu. Relax relax jap.
Okay bai.

Wasalam.

Monday 2 September 2013

HAJAT ABAH!!!

Assalamualaikum

Bila final dah makin dekat ni, rase berdebar debar pulak. bukan sebab takutkan exam aje, tapi test, kuiz, assignment, presentation dengan proposal segala nak disiapkan lagi. sampai tak cukup masa nak bernafas *over kan*. Tapi memang sangat sibuklah sekarang ni. Dan lagi satu, kalau sem ni dah habis, next sem I'm gonna be a senior. *hohoho*. Part 6 dah koi nanti weh. Terase macam baru semalam masuk UITM as a part 1. Masa berlalu dengan sangat pantas kan. Dan lepas tu pejam celik, pejam celik dah graduate Insya-Allah kalau tak repeat *mintak jauh*.

Jadi dikesempatan itu, semase nak menunggu further study ke Degree, taknaklah membuang masa kat rumah ternak lemak. Jadi hajatnye naklah bekerja. Nak belikan something untuk mak abah. Kalau Chu Yang mesti ade cerite anak anak die dok beli hadiah untuk die sokmo. Mak aku haruslah jeles kan. Baru baru ni die dapat gelang emas sempena Hari Ibu. Mak aku tunjuk ke kakak aku. Kakak aku pon still, belajar, dah guane nak membeli hadiah ke mak. Tahun depan baru start kerja. Jadi aku sangat terkilan di situ bila aku masih belum berjaya nak beli apa apa hadiah kat mak abah.

Jadi sebenarnye, cerita yang aku nak cerita ni berkaitan degree lah. Semalam, waktu abah hantar balik kolej lepas balik dari Kuantan, abah suruh aku pergi ambik MUET semule. Sebabnye akak kate haritu Dato' Sahol kate kalau nak sambung medic kene MUET band 4. Tapi disebabkan band aku sipi sipi nak band 4, so abah suruh aku repeat supaye aku boleh sambung medic. Begitulah ceritanye. Abah kate tak kisahla kalau kene bayar rm100 nak repeat semula.

Abah kate kalau taknak medic, ambiklah mata ke, gigi ke. Okey, semua tu kenelah berkaitan medic. Aku baru je nak terima hahikat boleh sambung MLT je. Tapi akak kate suruh pegi cek semule memang betul ke MUET tu kene band 4. Tapi memang gayenye abah nak suruh aku jadi doktor je. Aku boleh je, since aku memang otak lebih ke BIO, tapi masalahnye tak tahulah aku mampu ke tak nak realisasikan impian abah tu. Hajat abah memang terlalu besar. Akak kate, ambik O&G pon bolehlah.

Jadi sekarang ni, aku dah mula merisaukan pointer aku yang tak tahulah boleh ke tak nak naik ke 3.7 dalam masa 2 sem berbaki ni. Sekarang ni baru 3.43. Aku kesal sikitlah pasal sem lepas sebab dapat 3.49 je. 0.01 to DL. Sangat sesal tak sudah. Tapi takpelah. Mintak mintak sem ni aku boleh dapat DL until next sem. So let's fight to success. Yeah!!!

Wassalam



Sunday 11 August 2013

CUTI RAYA!!!

Assalamualaikum

Harini dah hari raya ke-4 dan kalau ikut perancangan, harini aku patut balik ke Jengka. Tapi aku tundakan cuti tu sendiri sampai hari selasa *gelak jahat sambil tutup mulut*. Nak buat macam mane, sape suruh bagi cuti sikit. Kan aku dah jadi jahat main ponteng ponteng kelas ni. Kema kate, bukan selalu pun ponteng kelas. Memang pun. Aku budak baik *jerit histeria*. Kelas pukul 10, bangun 9.30, tetap jugak gigih pegi kelas. Dengan mandi gaya ekspres rakyat, baju ala kadar, terus berlari pegi kelas. Tak senonoh perangai aku ni.
Abah memanglah marah sebab aku cakap last minute. Tapi nak buat acano, lecturer pon pegi kensel kelas last minute. Patutnye ade tiga kelas sejam pagi esok. Kelas Kimia pukul 8 sir Zahari dah cakap awal awal sebelum cuti raya nak kensel kan. Malam tadi madam Milia nak kensel kelas, ganti dengan test nanti. Kelas sir Muzamil je taknak kensel. Kate die nak ajar mane yang ade je. Tapi kalau dah semua pun berpikiran macam aku, ade ke yang nak pegi. Setakat ni ade dalam 4-5 orang yang dah kompem xnak pegi. Aku pun nak join the group lah.

Memang rase bersalah gak sebenarnye ponteng ponteng ni. Maklumlah budak baik nak buat jahat, die akan rase berbelah bahagi sikit *mata ke atas, tangan ke dada*. Tapi buatnye semua taknak balik kang, gayenye aku jela pegi kelas sorang. So dah kalau jadi macam tu memang rase nak lempang diri berkali kali la kan sebab konon konon nak jadi baik, dah kene setepek kat muka sendiri. Takpe, memang betul pon kot. Tak salah sekali sekala buat jahat sikit untuk kepentingan dan kebahagiaan diri *gelak tak henti*.

P/S: Anyone, don't do this at home. Hahaha

Wasalam

Thursday 8 August 2013

IT'S RAYA!!!

Assalamualaikum

Semua umat Islam seluruh dunia dah selamat meraikan hari kemenangan hari ni...Syukur masih sempat meraikan lagi satu hari kesyukuran...Tapi bagi aku, raya dah semakin xmeriah sangat...Maybe sebab aku pun dah tua...Zaman kecik kecik dulu eksaited gile dok depan tv tunggu pengunguman raye...Sekarang ni, esok raya ke tak sama je...Persediaan raya pun tak banyak...Baju raya ade sepasang je pakai hari ni...Yang lain lain hari pakai jelah jubah jubah yang masih xberpakai lagi tu...Kasut raye pun pakai kasut waktu time dinner hari tu...Nampak tak, tak berape nak eksaited nak sambut raya...Bapak vogue gile ketinggian kasut aku...First time pakai heels time raye...

Rumah first pegi rumah mak ngah...Mak ngah sibuk tanye akak mane pakwe...Actually rasenye setiap rumah yang aku pegi dok tanye mane pakwe akak...Hahaha...Yang yak boleh bla tu bile mak ngah tanye budak tu belaja Melaka, top student, kenal dari sekolah rendah...Akak aku ingat Dikim, ex dia, rupanya Aizat tu...Agak agak sape ade penah tengok pengacara nama Dhiya Aizat dekat tv1 time rancangan Panorama, haaa tulah die budaknye...

So hari ni xbanyak rumah pon pergi...Hari first haruslah balik kampung dulu...Pelik kan kenape balik raye hari raya pertama...Dah rumah atok aku pun dekat Karak aje...Sejam je dari Raub...Sampai sampai banyak gilos kereta...Semua kereta anak beranak atok...Ade la dekat 15 buah...Sampai pon dah tengahari...Deme deme ni pon dah berpakat nal bawak diri pegi rumah pak teh pulak...Malam ni mak ngah pulak buat rumah terbuka dekat Bentong...Tapi mak aku malas pegi...Aku pon malas...

Bile tengok trend satu family pakai baju warne same, aku pon ingat nak try gak ah tahun depan kalau ade rezeki...Hahaha...Tak penah buat, haruslah kita mencuba...Nanti nak pegi kawtim dengan akak...Abah pulak, haruslah baju die aku yang kene beli kalau nak warne sama...Nanti die kate mengade pulak...Pahtu payah nak cari baju...Tapi kalau dapat free, dipakainye jugak...Hahahaha...

Okaylah...Just here, now I wanna go...It's raya, so SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN...

Wasalam

Saturday 20 July 2013

AKHIRNYA...

Assalamualaikum

Akhirnya setelah setahun menunggu, BEAST comeback jugak dengan album terbaru diorang bertajuk HARD TO LOVE, HOW TO LOVE...Hah, vogue gedebas gedebus gitu tajuk die...Di samping tu, tak lupa jugak INFINITE dan BAP comeback jugak dengan album diorang, DESTINY dan COFFEE SHOP...Hah, sekarang ni perasaan nak balik rumah dah membuak buak sebab tak sabar sabar dah nak pegi tengok comeback stage diorang ni semua dekat MUSICBANK...Al maklumlah, nak tengok dekat YOUTUBE kang, broadband limit macam xnak beri peluang mendownload...

Okey, sekarang nak cerita sikit pasal kesemua album album kat atas secara detail...Entri ni mungkin agak panjang dan dipenuhi gambar gambar sebab tahap eksaited dah melebihi paras bahaya apabila ketiga tiga group feveret aku ni comeback pada masa yang sama...Firstly, meh kite review sikit pasal album BEAST ni iaitu HARD TO LOVE, HOW TO LOVE...

Ini official album jacket
BEAST - SHADOW MV


Album ni mengandungi 8 buah lagu termasuk die punye intro sekali...Antara lagu lagu lain termasuk SHADOW, HOW TO LOVE, BE ALRIGHT, I'M SORRY, WILL YOU BE OKAY?, YOU'RE BAD dan ENCORE...Lepas ni tibe masa untuk mendownload laju laju lagu lagu di atas...Lagu lagu ni semuanya dicipta sendiri oleh member BEAST iaitu rappernye YONG JUNHYUNG bersame same KIM TAEJOO (yg ni bukan member BEAST yawww). Album ni telah direlease secara official pada 19 JULAI 2013...

Serba sedikit yang aku tahu mengenai lagu SHADOW ni, die punye konsep macam shadow tu sebagai metafora menunjukkan seorang lelaki yang patah hati pergi meninggalkan die punye awek...Lagu ni telah merembat tangga teratas dekat carta carta lagu Korea seperti MELON, MNET, SORIBADA, OLLEH, BUGS, NAVER dan CYWORLD (clap, clap, clap)...Jom scroll laju laju kat bawah layan gambar sekejap...





Embedded image permalink








Hari ni jugak BEAST akan mengadakan konsert BEAUTIFUL SHOW dekat KOREA...Bapaklah popular betul diorang ni...Lepas comeback terus buat konsert...Bile agaknye aku boleh pergi konsert diorang ni (berangan)...

Embedded image permalink

Embedded image permalink

Embedded image permalink

Embedded image permalink

Second, meh kite review pulak pasal INFINITE punye album, DESTINY...Hah, yang ni memang sangat tak disangka sangka diorang akan comeback lagi sebab diorang ni sebenarnye baru aje comeback bulan 3 hari tu dengan album NEW CHALLENGE...Tapi suka hati diorang lah kan nak comeback berapa banyak kali pon...

Album ni ade 4 buah lagu...Since ini hanyelah mini album, so lagu lagu pon tak banyaklah...Antara lagu lagunya ialah DESTINY, INCEPTION, I'M GOING TO YOU dan MOM...Jom scroll lagi kat bawah...

INFINITE - DESTINY MV



Official album jacket












Last but not least, BAP with their comeback album COFFEE SHOP yang direlease pada 28 JUN 2013...Yang ni xpasti pulak album penuh atau single je sebab xjumpa pon tracklisting untuk mana mana lagu dalam album ni...Tapi lagu coffee shop ni best, macam lagu balada santai gitu...Yang pastinye vokal dan kualiti video die sangat superb...Jom layan gambar kat bawah...

BAP - COFFEE SHOP MV


Official album jacket









Okey, sekian untuk entri ni...Lepas ni nak pergi layan lagu lagu ni semua...Enjoy!!!

Wasalam



Friday 19 July 2013

KERJA LAB PROJEK BIO300 IS DONE!!!

Assalamualaikum

Hari ni dah genap 10 hari umat Islam seluruh dunia menyambut Ramadhan...Alhamdulillah masih dipanjangkan umur untuk melewati hari hari di muka bumi Allah...Sekarang ni macam macam penyakit dah datang...Nak nak lagi dekat Jengka ni ade satu wabak bernama 'Rubella' (kelas name kau gituhh), yang macam adik beradik dengan campak...And aku sekarang ni pulak tengah gigih menaip blog walaupun dalam keadaan batuk+demam+selsema...Jadi mintak semua jaga kesihatan...Al maklumlah, dunia akhir zaman ni banyaklah dugaannya...

Okey berbalik kepade tajuk kat atas, hari ni kerja kerja dekat lab yang berperang dengan tikus tu dah habis...Lepas ni nak proceed pule dengan proposal serta repotnye...Seterusnye bersedia pule untuk dibentangkan di hadapan para para juri yang adil lagi bijaksana di kemudian hari... Al kisahnye bermula apabila pelajar pelajar DIS part 5 diminta untuk membuat sebuah projek berkumpulan seramai 5 orang...Dan akhirnya aku bersama rakan rakan yang lain bersama Miss Suhaila selaku supervisor telah bersepakat untuk membuat projek berkaitan tikus...Menguji kandungan glukos dalam darah turun ke tak lepas makan oat bersama teh hijau...Sebab tikus ni, anatomi badan die macam manusia jugak, so memang diorangla jadi mangse...Dekat sebulan jugaklah dok menjage tikus tikus seramai 20 ekor ni...Lepas 3 kali ambik darah setiap minggu, siap dahlah semua...Awal awal ambik darah, duduk dalam lab dari pagi sampai petang dekat 7 jam...Tapi cubaan kedua dan terakhir, masa nak ambik darah tu dah berkurang, sebab dah pro...

Disebabkan aku ni jenis yang takut jarum, memang taklah aku nak pegi ambik darah tikus tu...Sebab aku dah warning awal awal dekat teammates yang aku takut nak suntik, diorang memahami dan aku proceed dengan kerja kerja lain...Aku hanyelah masukkan tikus dalam kon, cek glukos gune alat penguji, sapu berak mane yang berterabur, lepas balik tikus masuk sangkar after ambik darah...Dan name aku akan bergegar satu lab bile darah dah keluar sebab kene ambik cecepat darah takut beku sebab nak test tahap glukos...Lambat tu faktornye sebab si tikus tikus ni xnak bagi kerjasama bile diorang xnak masuk dalam kon tu...Ade pulak yang lepas suntik darah xnk keluar sampai kene sedut gune syringe...Kadang kadang sampai bleeding...

Dan yang paling tragis tadi bile salah satu tikus tu 'ter'mati...Ter ye, bukan disengajakan...Sebabnye die lemas dalam kon tu after die pegi backflip, so tak dapat udara then matilah...Memang tak sedar pon yang muncung tikus tu xkeluar ikut lubang udara tu sebab semua dok tumpu dekat ekor...Bile cucuk cucuk xkeluar darah setitik pon, niatnye nak lepas dulu bagi rehat...Bukak bukak dah mengeras...Memang terkaku jugaklah waktu tu tapi memang tak sempat nak taching taching menangisi pemergian tikus tu sebab kene habiskan kerja cepat nak kejar kelas pulak pukul 4 tu...Dah siap semua, barulah balut die kemas kemas bungkus dalam plastik berlapis lapis sebab takut berbau bile buang dalam tong sampah...

Tapinye lepas ni tikus tikus tu semua akan mati jugak sebab maybe minggu depan budak part 4 dah start nak bedah tikus pulak...Dah sebulan dok main main dengan tikus ni rase seronok pulak...Nak pegang pon dah tak takut...Time bagi makan tu, diorang dok pegang biskut, sumpah comel sangat (teringat kucing dekat rumah)...Rase nak picit picit bawak ke muka cium cium...Nasib baik kau tikus bukannye kucing...Cume geram bile diorang ni berak kencing merata waktu nak ambik darah...Najis tikus kan bahaya...Apepun, Alhamdulillah sebab kerja lab ni dah habis...Kalau tak setiap hari dok terkejar kejar ke lab nak bagi makan dekat diorang...Even weekend pon kene bangun pagi pagi nak pegi jenguk diorang...Lepas ni dah boleh rasa keamanan bile weekend boleh bangun lambat (sesungguhnya ini adalah perangai yang sangat tidak senonoh)...

Okey sampai di sini sahaja entri kali ni...

Wasalam

Wednesday 17 July 2013

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN

Assalamualaikum



Dah seminggu umat islam seluruh dunia menyambut bulan Ramadhan yg penuh mulia dan barakah ni...Alhamdulillah kita masih dipanjangkan umur untuk berjumpa lagi dgn Ramadhan pada tahun ini...Ini juga bermakna, ini dah tahun ketiga aku berpuasa di Jengka sbg perantauan...*perantauan la sangat*...Setakat ni masih lagi berpuasa penuh, Alhamdulillah...Cume bab2 terawih tu ade rompong2 sikit dek kerana kesibukan assignment, repot, projek, presentation dan test yg tak pernah habis...Kenapa terasa ayat malam ni terlalu skema??? *wondering*...

Dalam bulan ni Allah melimpahkan beribu rahmat ke atas hamba-Nya...Inilah masa untuk kita menambahkan ibadat terutamanya yang sunat macam terawih, sedekah, even senyum pun dikira pahala...Bagi yang pandai baca Al-Quran, bolehlah baca satu juzuk sehari...Insya-Allah akhir Ramadhan dah khatam satu Al-Quran...



Jangan lupa bersahur...Nanti xpasal pasal ade yang tak larat, tengahari bukak periuk...Waktu ke bazar tu, jangan lupa diri pulak...Beli apa yang nak makan aje...Jangan sampai nanti melepek dekat meja makan, sampai tak larat nak Maghrib apatah lagi berterawih...


Okey, setakat tu aje entri kali ni...Nak menyambung study untuk test besok...




Wasalam
Terima kasih daun keladi sudi baca entri ini. Weu Weu.