Life is a song - sing it. Life is a game - play it. Life is a challenge - meet it. Life is a dream - realize it. Life is a sacrifice - offer it. Life is love - enjoy it.

Logo Design by FlamingText.com
Logo Design by FlamingText.com

Tuesday 31 December 2013

BYE 2013!!!

Assalamualaikum

Tinggal tak sampai sejam je lagi 2013 akan melabuhkan tirainya *ceh ayat cam nak bagi ucapan award gagaga*. Apapun diharapkan tahun 2014 yang bakal tiba memberikan banyak kebahagiaan, kegembiraan,kerahmatan dan semoga tahun 2013 memberikan kita peringatan dan pengajaran untuk masa hadapan. Marilah mulakan tahun yang baru dengan membuka lembaran baru bersama azam dan harapan baru. InsyaAllah. Let's roll on to my precious 2013.

Wasalam

Thursday 26 December 2013

DON'T KNOW WHAT TO DO

Assalamualaikum

Okay. I'm so bored. That's why aku cam selalu muncul kat sini. Nak luahkan segala gala perasaan aku kat sini. Waaaa, bile cuti nak habis. Aku rasa macam dah bertahun cuti. Seriously, inilah pertama kali aku rasa cuti macam tak best. Macam ada something tak kena. Maybe sebab aku risaukan pasal projek aku yang tak start lagi tu. Maybe. Hughhh. Rasa macam nak blah dari rumah pun ade. Balik Jengka maybe.

One another thing sebab bile aku bukak twitter, insta dan yang seangkatan dengannya, adelah kawan kawan aku ni duk pos diorang pegi holiday sana sini serata Malaysia. Honestly, this is making me feel really really jelly 1000x. Geramnye. Aku pulak buat apa? Macam biasa, cuti dok rumah jadi anak dara pingitan yang tak gaye anak dara pun. Makan, tido, movie. That's it. Bukan aku tak suka berjalan. Aku suka sangat. But the problem is takde sapa nak bawak aku. Mak abah aku ni memang jenis tak suke pegi berjalan ke apa, aku pun tak tahu. Kecik kecik dulu je la. Sekarang diorang dah tua, so diorang malas. Maybe. Aku ni dah berabad lama tak tengok negeri orang. Rase macam katak bawah tempurung, tak tahu apa apa. Bila kawan kawan aku dok bercerita, aku mulala tak paham. Sometimes I do ask. Tapi bila diorang soal aku balik 'kau tak tahu', ha time tu memang rasa kerdil. Rasa nak lempang diri pun ada.

Maybe that's why bila aku keluar, gaya dia macam orang jakun sikit. Benda dah wujud lama, tapi aku baru tahu. Kesian aku ni. Then aku pun ends up dalam bilik kesayangan aku ni. Mak abah akak aku memang sokmo la marah aku asyik berkurung dalam bilik. Dah tu, aku nak buat apa kalau duduk luar bilik pun. Paling paling pun dok tercanguk depan tv tengok cerita yang entah dah berapa ribu kali tayang. Nak keluar rumah? Apa yang ada kat luar rumah aku? Pokok, batu, kayu, kucing. That's all. And I just don't know what my parents want from me when I'm home. Everything I do seems not right. Tak tahula diorang risau ke apa, tapi ada rasa kurang senang di situ.

Nampak tak. Waaaa. Aku bosan hidup macam ni. Sangat lifeless. Nak keluar jumpa kawan, diorang pun aku tak tahu cuti ke tak. Kalau aku nak pergi jalan ke bandar Raub tu sorang sorang pun no hal. Tapi masalah transport dan duit. Nak naik bas? Aku pun tak tahu wujud lagi ke tak bas masuk ke kampung aku ni. Nak drive? Memang haram abah nak bagi pinjam keta beliau. Duit pulak macam nak tak nak je ade die.

Sekarang ni aku rasa lagi best dok Jengka dari rumah sendiri. Motif? Sebab at least kat Jengka tu hari hari aku jumpa muka baru. Walaupun hanya ulang alik dari rumah ke universiti je. Dan walaupun bandar Jengka tu tak ada ape ape, at least aku boleh keluar. Jadi tak payahla aku duduk rumah terperuk macam ni.

Wahaha. So I hope I can find a husband who loves to travel someday. Wuhehu

Wasalam.

Wednesday 25 December 2013

GONE

Assalamualaikum

I just got news that the real father to my sister passed away. Inalillahiwainailaihirojiun. Dari allah kita datang, pada Allah kita kembali. Akhir akhir ni aku selalu dapat berita orang orang terdekat dengan keluarga aku meninggal. Tak lama sebelum ni jiran aku sebelah rumah pun meninggal. And now I realized that I'm getting older. It's scary. Ya memang takut. Takut sebab nak jumpa Allah bila iman dan bekal masih tak cukup nak hadap Dia.

Aku tak tahu macam mana penerimaan akak. Walaupun dia tak rapat dengan abah dia, still it's her real father kan. Mestilah terkesan sedikit sebanyak. And now she's in her way back to Raub with her brother. May Allah ease everything. Dan aku harap Allah akan panjangkan umur kedua mak abah aku sebab aku masih tak sempat nak berbuat bakti kepada kedua mereka. Amin

Wasalam

Sunday 22 December 2013

STRESSSSS!!!

Assalamualaikum

It's been two days since mid semester break starting. Aku kat rumah ni memang takde kerja lain dah la nak buat selain tengok tv, makan dan tido. Proses kehidupan aku ni dijangka akan diulang ulang sampai habis cuti. Wahahaha. Tapi cuti ni ade kelainan sikit. Aku memang banyak kerja. Cuti pun tak rase macam cuti dah. Ni semua pasal projek fizik tu lah.

Hari jumaat hari tu sebelum balik, aku and the gang pegi bentang proposal depan panel. Memang kene habis habisan sebab aku tak reti nak yakinkan diorang. Last last kitorang beritahu yang kitorang nak tukar projek. Kene perli setepek dengan sir sebab tak beritahu dia awal awal nak tukar projek. It's not the entire project. Hanye objektif, procedure semua tu je. Idea masih sama. Bukannye ape, haritu die kate kalau nak tukar, tukar lepas bentang. Haiiila. Sir tu memang unexpected. Hari ni cakap lain, esok cakap lain pulak. Tak paham aku.

Ni pun aku tengah sibuk nak memikir buat proposal baru. Masalah die sir nak suruh anta dalam masa cuti ni jugak. Dahle aku ni gaye die duduk kat pedalaman kampung orang asli. Line internet die tuh, memang aku benci nak mention. Sangat macam gila. Lappy aku pulak mereng die tu tah bile nak setel aku pun tak tahu. Time aku tengah nak gune duit ke lain die pulak yang buat hal. Kang aku cakap ke abah kang memang mampus kene marah. Ni segale galenye aku buat urusan internet gune phone. Memang juling mate aku dok tengok skrin kecik ni. Sekarang ni aku rase macam nak pegi ikut akak balik SA waktu die balik sane nanti hah. Senang sikit aku nak buat kerja. Ni ade lagi 4 lab repot aku bawak balik ke rumah ni, tak berusik lagi. Entah bile nak buat tak tahula. Ade ni kang aku bawak balik Jengka semula tak berusik. Waaaa stresssssnye aku.

Nak buat urusan projek ni dengan jarak jauh aku jadi pana. Tak tahu nak proceed cemane, nak buat ape dulu. Due minggu pulak tu. Wasap je jadi penghubung. Tu pun aku dah macam pening nak memahamkan ayat die tuh. Haaa stress kali ni memang lain dari yang lain. Aku ni sampai bulan ni period pun datang lambat. Nampak tak kat situ. Memang seriously sem ni aku memang banyak stress. Dengan masalah study lagi, masalah manusia, masalah dunia, masalah duit. Pendek kata memang semua nak buat masalah. Aku ni hanya redha jelah mintak Allah mudahkan semua.

Wasalam

Tuesday 17 December 2013

IT'S FOR YOU

Assalamualaikum

Hari ni aku rasa sedih sangat sangat. Sampai aku dah tak tahu nak buat apa lagi. Aku mampu tadah tangan, doa pada Allah supaya kuatkan hati aku. Supaya aku boleh terus hidup dan hadap semua orang. Entri kali ni aku nak tuju pada sahabat aku, yang mungkin aku kenal dia tak selama orang lain tapi kehilangan dia mampu buat aku menangis. Kalau boleh aku nak sangat luahkan apa yang aku tulis ni, tapi aku tak boleh. Aku tak mampu. Nanti aku menangis lagi. Dan bukan sifat aku untuk mudah luahkan apa yang aku rasa. Sebab aku tak nak mana mana pihak terasa dan anggap aku ni annoying. Lebih baik hati sendiri yang sakit, bukan orang lain.

Kema,

Terima kasih tau sudi jadi kawan aku selama ni. Aku sayang kau macam aku sayang kawan kawan aku yang lain. Tapi kau, Lin dengan Mimi aku sayang lebih sikit. Walaupun aku kenal korang tak lama, tapi aku tetap sayang korang sebab korang selalu sama sama dengan aku. Tapi sekarang ni aku rasa sedih sangat. Sebab aku rasa aku dah hilang korang. Aku dah hilang kawan kawan kelas aku dulu. Aku rasa keseorangan walaupun hakikatnya aku nampak korang depan mata aku.

Kema,

Tweet yang kau pernah kata kau benci semua orang. Aku tau mesti aku salah seorangnya. Aku mintak maaf. Aku takde niat nak sakitkan hati kau. Aku tak tahu kenapa sem ni aku cepat sangat terasa. Mungkin sebab kat rumah ni aku tak rapat sangat dengan orang lain. Aku boleh harapkan kau je. Jadi bila kau layan orang lain lebih dari aku, aku rasa lost. Dah takde orang nak kawan dengan aku lagi. Aku tahu kau mungkin care pasal aku. Bukan aku je, orang lain pun sebab memang itu sifat kau tapi aku dah tak rasa semua tu. Dulu kau penah cakap kau takkan tinggalkan aku sorang sorang sebab aku punye kawan sem ni semuanye dah jauh. Ama, Fai ngan. Ckin duduk kolej. Memey, Anis ngan Muneq pulak duduk rumah lain. Aku tak tahu nak kawan dengan sape kat rumah ni sebab aku tak pernah rapat dengan sesiapapun. Kau je. Tambah pulak sekarang ni kau dah couple ngan Sya.

Kema,

Terus terang aku cakap, aku terasa bila kau lambat beritahu aku pasal kau dah couple dengan Sya. Ye, mungkin aku bukan sepenting Amal, Ain dengan Ira, kawan kawan baik kau. Tapi aku dah pernah teka sebelum tu dan kau taknak mengaku. Fine. Mungkin kau ada sebab sendiri tapi aku memang sedih. Hari tu aku menangis. Kau, Lin & Mimi tanya kenapa tapi aku buat dek. Aku taknak beritahu sebab kenapa aku menangis. Waktu tu kau cerita pasal cane kau couple dengan Sya pada Wani ngan Nora. Aku tak salahkan kau sebab tak beritahu sebabnye sebab aku pun tak tanya. Yang aku sedih kenapa kau tak beritahu awal awal pada aku. Kau kata kau beritahu sebab waktu tu aku punya birthday. So kalau malam tu bukan birthday aku, kau takkan beritahu sampai bila bila ke cane?

Kema,

Hari tu kau tanye kenapa aku beria menangis waktu sambut birthday aku. Sumpah aku cakap aku terharu. Sebab aku ingat takde orang yang ingat pasal aku dah. Dahlah petang tu waktu kelas kau bisik bisik dengan Ira, dengan Anis semua macam ada rahsia besar taknak beritahu aku. Aku ni jenis paranoid. Aku asyik fikir yang negatif je. Memang aku macam ni. Maaflah kalau kau tak suka. Maaf jugak kalau kau benci aku. Maaf kalau aku selalu menyusahkan kau. Maaf sebab selalu buat kau marah. Aku dah tak boleh simpan lagi dah. Ni je limit aku, sebab tu aku cerita.
Walaupun aku tahu kau mungkin tak tahu pasal ni, aku harap kau baca suatu hari nanti. Supaya nanti kau tahu sebab apa aku jadi macam ni. Aku bukan taknak beritahy depan depan sendiri. Tapi aku tak reti. Nanti aku menangis. Walaupun kau nampak aku suke marah, garang ke apa ke, tapi bab bab family ke, kawan ke aku memang tak boleh tahan. Cepat je aku boleh menangis. Sebab apa aku menangis. Sebab aku rasa tu cara aku nak tahu aku sayang orang lain ke tak. Aku pernah nangis macam ni jugak pasal Ain Malek, Memey dengan Ama. Sekarang pasal kau. Sebab kau orang orang yang tergolong dalam orang penting dalam hidup aku. Kalau aku nangis sebab orang tu, maknanye betullah aku sayang orang tu, memang tu cara aku.

Maaflah kalau semua tindakan aku buat kau tak faham aku tapi aku memang macam ni. Mungkin kau rasa kau dah kenal aku, tapu sebenarnya belum lagi. Takde sesiapa yang kenal aku sepenuhnye lagi. Even family aku pun. Aku nak mintak maaf sekali lagi kalau aku buat kau marah dan terasa. Aku buat semua tu sebab aku nak tahu kau care ke tak pasal aku. Tu je. Maaf ye. Aku takde niat nak sakitkan hati kau.

Wasalam


Sunday 15 December 2013

I'M SO DOOMED!!!

Assalamualaikum

Sekarang aku dah mule start rase depress because of the final project. Sem ni pasal Fizik pulak. Stress die berganda ganda daripada projek Biology dulu. And I think this project is too rushing. Bayangkan minggu ketiga dah kena hantar proposal and this week (selasa 17/12) dah kene present the proposal depan panel. OMG!!! Aku sekarang ni macam masih duduk kat awang awangan. Dahlah rasa macam nak give up bile asyik kene tanye soalan bertalu talu dari supervisor.

Projek ni aku buat pasal maglev train a.k.a keretapi terapung macam bullet train kat jepun tu. And I become the leader. Ini semua si Kema Kemim tu punye pasal. Saje nak pedajal aku. One another thing is aku rase macam projek ni dah nak jahanam pon ade. Macam tak nampak ade kejayaan je.

Sebab ape aku pilih projek ni? Sebab the previous idea kitorang semuanya dah kene tolak mentah mentah. Ade la dalam 11 idea gitu. Aku tak tahula ape yang sir aku ni nak kitorang buat sebenarnye. Idea ni pun dapat beberapa hari sebelum hantar proposal. Aku tido pukul 4 sebab nak buat research pasal natang alah ni. Idea ni kire macam bidan terjun gitu sampai aku tak sempat nak pikir panjang ape kerasionalan projek ni sebenarnye. Bile dah approve, kenelah pikir panjang panjang pulak sampai aku sakit kepala bile tahu ade some thing yang agak susah nak buat. Actually waktu kitorang propose idea ni pun sir macam tak yakin je kitorang mampu buat. But since due date for proposal dah dekat so die terima jugaklah kot. Dengan soalan soalan maut die tu lagi, dan asyik aku je kene tanye. Budak budak ni pun semuanye suruh aku jawab sebab idea tu idea aku. Time aku tak dapat jawab barula diorang jawabkan. Stresss mak noksss.

Ni memang aku dah macam debar debar nak present depan panel nanti. Ntah ntah soalan die lagi maut dari soalan sir tu. Takut wehhh. Dahlah haritu proposal die punye procedure die aku tertinggal. Memang akula yang kene jawab nanti. Yes... And one more thing I did feel guilty for making my team members stress sekali same dengan aku. Nak memikir projek ni lagi teruk stresss die dari time ambik final exam. Berganda ganda. Botingkek tingkek bak kate Joe Flizzow tu.

Aku tak tahulah cane dah ni. Sekarang tengah nak siapkan slide untuk bentang nanti and the rest aku cuma boleh mintak tolong pada Allah je supaya mudahkan kerja aku nanti. BismillahitawakaltuAllalah.

Wasalam

Friday 6 December 2013

OFFICIALLY 20

Assalamualaikum

Referring to the title, yes I'm now 20. Kesian kan. Orang lain dah lama sambut birthday. Aku ni je yang tertinggal keretapi *muehehe*. Tapi semalam aku rasa aku touching sangat. Tapi bila fikir balik feeling touching aku tu semuanya disebabkan paranoid aku je.

Sebabnye semalam waktu kelas aku tengok kawan kawan aku dok bisik bisik tak cakap ape ape pun kat aku. Sape tak sedih kan. Dah la buat depan aku. Menangis jugak aku semalam sekejap waktu kelas Prof Supi *touching overload*. Anis pon tegur aku. Pastu lepas kelas diorang keluar bandar ramai ramai tak ajak aku sebab malam tu nak buat makan makan kat rumah. Ajak member member satu course yang duduk kat rumah lain. Rupe rupenye sebab diorang rancang nak sambut birthday aku. Kalau aku tibe tibe cakap nak ikut diorang tadi aku tak tahulah diorang punye reaksi macam mane.*memanglah diorang tak ajak aku kan sebab nanti macam spoillah tak jadi surprise*.

Aku memang tak expect langsung diorang rancang buat semua ni. Patutlah Kema ajak Lin ngan Mimi sekali. Memey, Anis, Nana, Ain ngan Kak Ika pon datang. Malam tadi kitorang masak mi sup, Memey buat bergedel. Aku masak telur dadar lebihan buat bergedel tu tapi hangus *sebab api besar dan aku tak perasan. Muehehe*. Lepas dah siap siap makan tu *ade tinggal seketul ayam dalam pinggan sup aku* tibe tibe Ain bukak pintu luas luas *die kata angin luar lagi sejuk*. Pastu tiba tiba diorang tutup lampu. Aku buat bodoh jelah sampai diorang nyanyi lagu birthday sambil pegang kek *I don't remember who's holding it*. Aku pun tak tahu dari mana datangnya kek tu and bila masa diorang bawak masuk dalam rumah sebab waktu dua dua kereta sampai aku yang pegi bukak gate. Tapi aku rase waktu aku tengah sibuk sibuk kat dapur agaknya *and the cake goes melt sbb tak simpan dalam peti but anyway it's still good*.

Aku pun macam tak tahu nak buat apa, sebab aku tak ingat pon pasal birthday aku *sebab time tu aku tengah blank*. Lepas tiup lilin aku pun terus nangis *sangat touching gilos gilos time tu sampai rasa tak boleh berhenti nangis*. Aku kan memang jenis tak boleh benda benda macam ni. Cepat sangat aku jadi touching. Terharu sangat sangat. Lame jugaklah aku nangis *muehehe*. Lagipun ni first time kot orang sambut birthday aku ramai ramai macam ni. Mane ade kawan kawan aku yang sambut sebelum ni. Tahun lepas pun aku kongsi dengan Mimi sebab birthday kitorang dekat dekat. Aku taklah nangis sangat sebab Mimi ade, tapi yang ni diorang sambut untuk aku sorang so aku macam segan siketlah. Pastu macam biasalah kan main calit calit krim kat muka *esok kompem timbul jerawat*.

But aku sangat sangat appreciatelah semua yang diorang buat tu. Hahaha. Sayang semua orang. Last memory sambut birthday dengan diorang sebelum grad ni. Habis makan semua, diorang pon bukak karaoke pulak. Nyanyi ramai ramai. Aku tengok aje, tak join pon *Jengka baru nak bersinar kembali dengan sinar matahari, kang aku nyanyi terus banjir Jengka ni, muehehe*. Dekat pukul 11 tetamu tetamu *macam rumah terbuka pulak* pon balik. Kang balik lambat lambat takut pulak kan walaupun bawak due kereta. Dahlah kawasan rumah aku ni gelap sikit. Rumah diorang pulak keliling ade orang laki. Bahayalah kan.

And the people in the house continue to karok again. Memang terangkat bumbung rumah. Mesti orang sebelah ingat kitorang buat kenduri. Wahaha *mintak maaf semua*. Lepas tu since Mimi ngan Lin datang, so kitorang buatlah girls talk macam dedolu tu *ai sangat miss zaman lama lama and now mengingatkan dah tak lame lagi dah boleh same same, of course I got teary eyes*. And then my good friend told me she's in a relationship with somebody *and that somebody is the one I know cause I see him every week in class*. Aku dah boleh expect dah semua tu sebab dah jadi waktu sem lepas lagi. She's asking if I'm okay with it, tapi kalau aku cakap tak okey pon macamlah die nak dengar kan *that boy is the one I totally hate cause of his attitude is not so nice toward women, you know that playboy thing*. And that boy got another one that he likes *nampak tak kat situ*. Aku harap diorang okey je berdua tapi memang aku tak boleh nampak diorang same same depan mata aku. It's not because of a jealous feeling, it's more like something yang aku tak boleh describe. Mungkin sebab aku tahu perangai dia macam mana so I don't want that friend of mine getting hurt later *what a good friend I am weuhehu*.

Okeylah. Let's end this entry here. Hahaha. Still touching lagi *nangis bawah selimut*.

Wasalam

Sunday 1 December 2013

OUTING

Assalamualaikum

Hari ni hari minggu. Bangun bangun tido seisi rumah merungut lapar. Ape taknye, bangun nak dekat tengah hari. Wuwewu. Jadi dengan kata sepakatnya semua housemate bersiap siap ke bandar Jengkios. Hari ni tak merempit. Laju laju kol van uitm. Amal je yang tinggal kat rumah. Memey dengan Ain pegi uitm. So ade kitorang bertujuh termasuk Lin.

Sampai sampai bandar ingat nak makan kat foodcourt tapi abg sham dah tersalah faham, so die pegi hantar kitorang kat Jengka Sentral suruh kitorang pegi makan dekat area Warung Mak *abg sham mmg suke menyusahkan org sbb tu aku pantang nak naik van die wuwewu*. Last last pegila makan ke mane aje kedai yang kosong *aku tak tau ape nama kedai tu*. Aku makan nasik berlauk ajo. Save bajet mak kau.

Destinasi lepas tu haruslah pergi keluar duit *duit dalam tangan tinggal rm10. Sobs sobs*. Aku pantang betul dgn bank Islam jengka ni. Minggu lepas kate rosak. Minggu ni offline pulak. Terpaksela menapak pegi BSN. Fah keluar duit barulah rase seronok nak belanja kan. Haha. So lepas tu kitorang pegi kedai kasut. Nampak pulak kasut cantik. Sudah kemestian haruslah dirembat bile nampak murah kan. Hajatnye aku nk beli selipar jepun je sbb selipar aku dah putus *pakai dari semester 1*. Aku beli selipar jepun dengan kasut sekali *tak sedar diri ade 3 stok kasut zalora nak sampai nanti*.

Weuweu. Sekali pandang terus fall in love. Rembat dengan harga RM20.
Ni tujuan utama singgah kedai kasut sebenanye. RM10
Aku mmg pantang bab bab kasut ngan beg ni. Berkenan je, ade duit dlm tangan, cantik dan murah pulak tu terus rembat. Lepas tu aku beli pulak beg. Beg biase biase je. Bawak pegi kelas. Lagipun aku dah lame tak shopping beg. Nak cari kat jengka ni tak banyak sangat pilihan. Dah tu mahal pulak tu mak oi. Tak berbaloi rasenye. Nanti nak tunggu bulan 1 pegi shopping beg kat PAS pulak *wuwewu tak sabau*.

RM10. Sangat simple but santekkk
Lepas tu pegi pulak watsons. Rasenye sejak jengka bukak watsons setiap kali keluar, kedai ni mmg wajib pegi. Walaupun tak beli ape ape, aku puas sekadar tengok je *what a weirdos i am*. Then pegi pulak Verns. Awal awal sem ni, masing masing duit tengah banyak kasut memang item wajib beli. Heol. Then pegi Angel of Love *lagi satu kedai wajib pegi*. Kedai ni pum aku suke gak. Kalau kat Raub die macam ala ala pasaraya Yong. Hari ni aku tangkap 3 pasang stokin *pakai kasut baru tanpa stokin melecet die sakit mak kau*.

Then last destination pegi kedai Dhiya. Kedai ni macam kedai jual jual jamu gitu. Kedai ni pun aku salu gak pegi sebab ikut kawan kawan aku. Biaselah kan sekarang ni aku tak tahulah kenapa kawan kawan aku ni semua pakat nak kulit putih. Maybe sebab memasing dah umur 20an kot. So rase nak cantik tu membuak buak. Hot item yang diorang nak try sekarang is aura white. Yang macam artis artis pakai tu. Harga dia mak ai, mahal mak kau. Rm150. Haha. Tapi takpelah. Duit diorang kan. Wuwewu. Okok. Aku pun tak tahu dah ape yang aku mengarut ni. Wahaha.

Nota kaki : Jengka asyik hujan due tiga hari ni *tetibe*.

Wasalam
Terima kasih daun keladi sudi baca entri ini. Weu Weu.