Life is a song - sing it. Life is a game - play it. Life is a challenge - meet it. Life is a dream - realize it. Life is a sacrifice - offer it. Life is love - enjoy it.

Logo Design by FlamingText.com
Logo Design by FlamingText.com

Tuesday 28 January 2014

This Is So Annoying!!!

Assalamualaikum

It's nearly a month. Dalam masa tu terlalu banyak yang berlaku. And my heart is getting worse day by day. Ini bukan berkenaan seorang lelaki. Ini berkaitan dengan seorang kawan yang dipinjamkan oleh Allah dan kawan yang lain kepadaku. Persoalannya, pernah tak dia anggap aku seorang kawan yang baik untuk dia. Sesungguhnya Allah dah buat aku jatuh sayang kepada dia terlalu dalam. You know the meaning of 'bestfriend'. Yes. That feeling when you need someone and she will be there for you in any situation.

Tapi itu mungkin tak berlaku dalam kes dia. Hanya aku. Ya, hanya aku yang merasai semuanya. Ibarat kasih yang bertepuk sebelah tangan bukan yang dicubit paha kanan paha kiri terasa juga. Segala apa yang aku katakan tak pernah nak didengar. Tapi mintak juga pandangan aku. Dan mungkin sekarang baru diketahuinya bahawa aku ade menyimpan satu perasaan terhadap dia. Bukan sayang, bukan rindu. Tapi marah, yang bisa mencacatkan sebuah persahabatan. Aku bukan seorang yang sangat penyabar. Jika iya, tetap juga ada batasnya. Perkara yang tidak disukai, jika diulang berkali kali akan menimbulkan kemeluatan dan kebencian kepada seseorang.

Jika kau sedar bagaimana aku melayanmu berbeza dari yang lain, adalah salahmu yang aku tidak sukai yang telah dilakukan olehmu. Aku bukan seorang yang berterus terang. Kerana tidak semua terus terang itu membahagiakan. Adakala ia lebih sakit dari sembilu yang bisa merobek tangkal hatimu. Ketahuilah ianya sendiri dengan caramu sendiri melalui apa yang telah aku katakan di waktu sudah. Jika kau masih mengingatinya, akan aku hargai kerana sedikit sebanyak aku tahu, ada sisi di dalam dirimu yang masih mengingatiku. Yang terkesan dengan kata kataku. Namun sekiranya tidak, ketahuilah bahawa aku sudah tidak mampu untuk memberi hatiku harapan dan peluang untuk terseksa begini.

Aku manusia biasa serupa denganmu. Apa yang kau rasa, aku merasainya juga. Jadi aku mohon Ya Allah. Kiranya dia bukan ditakdirkan untukku, biar dia pergi jauh. Tidak perlu membolak balikkan hatiku dan hatinya lagi. Biarkan sekarang menjadi memori. Yang aku bisa ingat di kemudian hari. Aku dah tak mampu berperasaan hipokrit begini. Mengelak diri begini. Bermasam muka begini. Berkata kata sinis begini. Biar kiranya aku yang menanggung, biar sampai di sini sahaja. Jika memang jalan hidupku akan menjadi begini, tidak dipedulikan begini, diabaikan begini aku redha. Jagalah hatiku dan hatinya agar kami boleh menerima semua takdirMu.

Aku harap kau tahu semuanya. Aku ingin kau tahu bahawa kau pernah menjadi orang terpenting buatku. Yang sering aku risaukan, yang sering aku tangisi, yang bisa ketawa denganku. Yang bisa berkongsi apa sahaja. Kau bertuah kerana aku memang begini. Sekali aku sayangkan sesorang, aku akan sayangnya sepenuh hatiku. Dan bila orang tersebut membuat onar, sehingga air mataku menitis kerana kecewa dengannya, maaflah. Aku tidak sanggup lagi. Mungkin aku boleh menerimamu, tapi tidak seperti dulu. Maaf, ini caraku.

Wasalam

Saturday 4 January 2014

WELCOME 2014!!!

Assalamualaikum

Hah. It's new year. Walaupun dah beberapa hari berlalu, baru ade masa nak update blog. Haha. Alhamdulillah masih dipanjangkan umur, sambung hidup di tahun yang seterusnya. That's mean I'm a year older again. OMG!!! It's 21. Aku baru je tak sampai sebulan official 20, sekarang dah kena mengaku 21. Tak caya nye rase. Rasa macam masih budak budak.

Anyway, let's rock this 2014 and fill it with more memories. Ohoh. By the way, I'm going back to Jengka tomorrow. Back to my hectic universities' life.

Wasalam

Terima kasih daun keladi sudi baca entri ini. Weu Weu.