Life is a song - sing it. Life is a game - play it. Life is a challenge - meet it. Life is a dream - realize it. Life is a sacrifice - offer it. Life is love - enjoy it.

Logo Design by FlamingText.com
Logo Design by FlamingText.com

Wednesday 5 August 2015

LANGKAWI, KEDAH, MALAYSIA PART 1

Assalamualaikum w.b.t

Guys, actually this is a throwback cause at the exact time, meolls is so super duper busy. My blog was ignored. Haha. Sekarang dah free, so bolehla update blog ni. Walau apa pun, segala memori about this trip masih tersimpan kukuh dalam ingatan giteeewww. Okay, trip ni sepatutnya disertai oleh budak2 kelas meolls time diploma dulu. Kengkonon reunion kateko. Last2 semuanya macam meleweh, jadi 6 orang makhluk ni mengagahkan diri jugak kerana keterujaan nak backpacking tu melampau lampau. Actually bukan style backpackers pun sebab ade je yang usung luggage. Ahaha. Sejarah termaktub apabila 6 sekawan ni berhasrat untuk travel sebab tak tahu kenapa time ni pesen trend ke ape ntah, bukak je ig manusia ni dia pegi travel, yang lagi satu pun travel, yang kat sinun pun pegi travel. Sebenarnye jealous. Haha. Jadi, kitorang plan pergi time mid semester break yang seminggu tu around 19-21 April 2015. Orang sibuk balik kampung, kitorang sibuk nak travel bagai. Haha. Tapi sebagai students yang dah terpisah jauh dan tak banyak masa nak berjoyah haruslah ada cara supaya hubungan rapat yang dolu2 tu masih kukuh kennnsss.

The plan is kitorang pergi naik flight sbb terfikir dari naik bas+feri yang tambang die lebih kurang sama dengan flight, baik kitorang naik flight je. Jimat masa. Waktu tu ade promotion pulak. Memang cepat2 la grab. Tambang pergi balik untuk seorang tak sampai RM100 pun. To be exact RM98 untuk dua hala means pergi balik which is RM49 sehala per pax. Bukan senang kensss nak dapat harga murah. Punya best gilorr kateko. Tapi selalu ajurrr AirAsia buat penerbangan tambang murah. Hanya perlu pandai cari masa promotuon die tu haaa. Kitorang depart dari KLIA2. Pergi sana naik bas UITM yang MPP sediakan utk yg nk ke KLIA. Free of charge ajurrr. Ade jugak budak2 lain yang plan pegi backpacking ke Langkawi tapi sepanjang kat sana tak terserempak pun dgn diorang. Sampai kat KLIA2 kitorang breakfast dulu kat KFC situ. Flight kitorang dalam pukul 12pm camtu. Dapat pulak gate paling hujung, gate 20 kalau tak silap. Mak kau, macam pergi lari jarak jauh pulak rasenye. Seriously memang jauh and itu last gate paling hujung la tu kiranya. Dahla aku bawak beg balik kampung sendeng tepi. Memang tak sesuai. Nak roboh jugakla bahu aku ni rasenye. Sampai dalam flight kire dah okeyla. Sebaris tu penuh The Joyahs ajurrr. Nampak pulok abam flight tu hensom. Ahaha. K bai.

Perjalanan ambik masa sejam lebih. Agak lewat sikit sbb waktu kitorang sampai tu dalam pukul 1.15pm hujan agak lebat. Keluar dari flight nasib baik pihak AirAsia dah sediakan payung satu sorang. Tak sempat weolls nak bergambar depan flight. Wuwuwu. Biasa, meolls ni kan jakun. Hahaha. Lepastu kitorang terus carik abam kereta sewa yg kitorang dah book awal. Kitorang ambik kereta Nissan Almera sbb dia agak besar dan muat je sumbat 6 org dalam tu. Untuk 3 hari dalam RM180 camtu. Jinah yang urus part kereta sewa. Official driver kitorang, Anis, Azrina ngan Jinah. Aku, Kema ngan Ckin jadi GPS waze ajurrr. Haha. Memang 100% GPS-dependant kitorang kat sini.

Dapat je kereta, kitorang terus pergi ke motel yang letaknya dekat Kuah. Memang agak jauh dari airport yg letaknya berhampiran Chenang. Lebih kurang 20 minit drive macam tu. Untuk trip ni kitorang peruntukkan RM100 untuk makan, RM50 untuk minyak dan RM100 untuk aktiviti per pax. Sebelum tu, kitorang isi minyak full tank dalam RM80 camtu. Seriously tahan 3 hari sbb kereta ni jimat petrol jugak walaupun banyak kali kitorang ulang alik Kuah ke Chenang tu plus terlajak sampai sesat kat sana sini lagi. Dahlah diorang ni jenis dah terlajak tu bukan reti nak patah balik. Menonong aje ke depan kengkonon boleh jumpa jalan lain la kennn. Last2 kena patah balik. So baki utk duit minyak tu yg lebih kurang RM200+ lagi kitorang tepek2 la mana yg diperlukan lagi. Kitorang check in dekat Motel Seri Mutiara. Dia agak ke dalam dan signboard agak tersorok sikit. Kalau waktu malam mmg boleh terlajak simpang kalau tak tgk betul2. Tempat ni agak sepi sikit waktu malam tapi ade je penghuni lain kat situ waktu tu so tak kisah sangat. Parking don't worry. Memang banyak sbb tempat die agak luas dgn suasana kampung. Kitorang siap park depan bilik lagi. Kau hadooo? Untuk dua malam harga dia RM200 lengkap dgn 2 katil king, toilet+shower (hot+cold), toiletries, towel, mineral water, heater, tv, air cond, clothing rack+hanger. Iron boleh request. Towel lebih pon boleh request. Kalau nak hair dryer pun boleh tapi kitorang tak ambiklah. Takde extra charge dikenakan. Ruang dia agak sempit sikit tapi selesa je sbb utk tidur+mandi+solat. Sampai2 kat sini tengahari buta so bila masuk bilik tu mmg rase terbakorrr sangat sampai air cond yg paling low pun tak rase. So advice, bila keluar jgn tutup air cond sbb bilik ni takde kipas. Kalau nak tunggu air cond sejuk mmg menggelupur.

Siap solat jamak Zohor Asar kitorang terus ke Oriental Village dekat Padang Mat Sirat. Kitorang skip lunch sbb masing2 dh kenyang makan kat airport. Kitorang ambik pakej SkyDome+SkyCab+3D Art Museum. Lebih kurang RM47 kalau tak silap utk dewasa warganegara. Kalau bukan warganegara RM65. Mostly disediakan dalam bentuk pakej yg lebih menjimatkan. Untuk review akan diceritakan dalam part akhir nanti. Nak beli kena tunjuk IC sekali tapi time ni aku punya IC tertinggal dalam beg baju waktu check in kat airport so aku guna lesen memandu. Orang tu terima ajurrr. Yang SkyDome tu mcm tak berbaloi je sbb die mcm tgk movie 3D roller coaster tapi sangat pening. Keluar je mata berpinar pinar. Dahlah meolls duduk paling depan. Mostly pakej mmg complimentary ade SkyDome+SkyCab. Yang lain2 boleh pilih sendiri ikut bajet dan kemampuan. Lepas tu kitorang naik SkyCab a.k.a cable car. Waktu ni petang so mmg silau sikitlah. Satu gondola muat 6 org so mmg kitorang jela dlm tu. Ade dua perhentian yg kita boleh turun untuk selpie selpod. Satu kat Middle Point and satu lagi kat Top Point yg paling atas sekali. Sambil tu nampak dari jauh org dekat SkyBridge and Air Terjun Telaga Tujuh. Mmg bestlah pemandangan dia cuma time tu agak panas dan silau. Time nak turun tu mmg seriau sikit sbb meolls duduk kat seat yg menghala ke bawah. Then gondola tu main stop2 pulak sbb ade masalah teknikal. Goosebumps angattt. Lepastu kitorang ke 3D Art Museum. Bangunan die ke belakang lagi. Kena jalan sikit. Ni atas request Ckin di saat akhir selaku planner aktiviti. Sebelum masuk kena tanggal kasut so dlm ni mmg berkaki ayam je. Tempat ni mmg gila besar sampai aku rasa mcm takde jalan keluar giteeewww. Dapat pulak dgn Joyahs meolls ni yg kaki selpie. Penat mak nokss. Padahal bergambar je pun. Habis senyum, habis gaya dibuatnye tapi berbaloilah dgn entrance fees dia. Sangat superb tempat ni. Banyak gila artwork yg impressive gittewww. Tabik springggg meolls kasi 10 bintang. Haha. Waktu ni pun ade lagi tambahan construction yg masih belum siap. Habis kat situ kitorang round2 dlm area Oriental Village ni. Ada beberapa gerai yg jual baju ngan souvenirs tapi waktu kitorang keluar kedai tu semua dah tutup. Then kitorang terus balik motel.

Lepas freshen up semua and solat, kitorang pun mencari cari tempat makan. Azrina mastermind tempat makan katanya sebab dia suka makan. Tapi utk malam tu kitorang hilang arah sbb Az tersalah google dekat area Chenang tapi kitorang malas nak ke sana time tu. Last minute cari review pasal tempat makan best area Kuah akhirnya jumpa Medan Selera Nelayan a.k.a Restoran Selera Nelayan. Tempat dia agak tersorok sikit hala ke Jalan Bukit Malut. Boleh waze ajurrr nama kedai confirm jumpa. Tempat makan ni sepatutnya ramai je tapi time tu kitorang mungkin sampai awal dalam area 8.30pm so ade dua buah meja je yang berpenghuni. Waktu kitorang baru sampai tu hujan turun dgn lebatnye. Dahlah park kereta agak jauh. Tak berpayung pulak tu. Balik tu mmg lenjun sikitlah. Dekat2 kitorang halfway makan makin ramai orang membanjiri kedai ni walaupun hujan sbb berdasarkan review blog yg aku buat sebelum ni mmg tempat ni famos amos angattt. Kire mcm tempat makan wajib Kuah la jugeksss. Overall kat sini makanan die mmg murah. Sebenarnya kitorang tak expect langsung semurah tu. Kitorang bajet2 at least dlm RM100 camtu tapi dalam RM78+ je. Mmg syukur sangatlah. Kitorang order siakap 3 rasa, sotong goreng tepung, tomyam campur, telur dadar, kailan ikan masin. Nasi dia bagi semangkuk besar cukup utk 7-8 org makan. Ulam, sambal belacan dgn buah tembikai dia kasi free of charge ajurr. Memang puaslah makan kat sini itupun nasi banyak berlebih. Lama jugak kitorang ke sini sebab nak tunggu hujan reda sikit tapi tak reda2 jugak. Last2 kita redah ajurrr baru thrill giteww. Lepas makan kitorang ke Teow Soon Huat Duty Free a.k.a TSH utk beli baju bagi Island Hopping esoknya dalam RM20. Kat sini agak mahal jugak tapi sbb kitorang terpaksa beli dan rembat je mana ada tak sempat survey harga so redho ajurrr. Kalau nak murah boleh cari kat Beras Terbakar atau area Oriental Village tu. Moreover kat Langkawi ni hari2 ada pasar malam cuma tempat dia berbeza beza. Kalau datang hari Rabu boleh shopping kat area pekan Kuah. Ada satu tempat tu nama dia Pasar Rabu area2 TSH jugak. Time ni pun rushing jugak sbb kedai dah nak tutup. Cadangnya nak beli baju sama design tapi ade yang tak jumpa size, tak berkenan warna last2 jadi explorace. Compare dgn Chenang, area 10.30 ke atas Kuah dah sunyi sepi, kedai semua pun dah tutup. So sad, wuwuwu. Sebelum balik tu kitorang singgah kat mart utk beli roti ngan air utk breakfast esoknya. Breakfast on the go ajurrr lebih jimat kateko. Then lastly kitorang ke Jetty Point saja2 nak tengok view malam. Tapi tulah suasana krik krik ajurrr. Sedih sangat meolls. Nak turun berselpie pun time tu masih hujan. Sebab dah takde tempat nak berjimba so weolls redho aje balik ke motel. Sampai je kat motel sejuk die tu Ya Rabbi. Amekaw letak suhu aircond sampai 16°C. Lepas mandi semua terketor ketor masuk bawah selimut. Haha. Tapi malam tu mmg tidur lenalah siap main tarik selimut lagi. Hihi. To be continued...

Wasalam

No comments:

Post a Comment

Terima kasih daun keladi sudi baca entri ini. Weu Weu.