Life is a song - sing it. Life is a game - play it. Life is a challenge - meet it. Life is a dream - realize it. Life is a sacrifice - offer it. Life is love - enjoy it.

Logo Design by FlamingText.com
Logo Design by FlamingText.com

Thursday 6 August 2015

LANGKAWI, KEDAH, MALAYSIA PART 2

Assalamualaikum w.b.t.

This entry gonna be for the second day in Langkawi. The day start after Subuh and seriously sangat sejuk sbb air cond tu, walaupun dah naikkan suhu sampai 24°C. Haha. So akhirnya kitorang decide tak perlu mandi sbb nanti time Island Hopping pun boleh mandi. Jimat air kennn. Hihi. Tapi takpe sbb muka semua comel2 ajurrr. Takde trace baru bangun tidur pun. Haha. Lepas breakfast roti kaya ngan milo instant yg mama Az sediakan, kitorang gerak ke Chenang utk sesi Island Hopping. Untuk IH biasanya akan ke 3 tempat: Tasik Dayang Bunting+Eagle Feeding+Pulau Beras Basah. Weolls pakai baju explorace yg beli kat TSH malam sebelum tu and packing lagi sepersalinan baju. Kitorang gerak pukul 8am ke Chenang sbb janji dgn Pak Mat yg provide IH tu suruh dtg pukul 8.30am. Ikut waze dia kasi kitorang lalu jalan Bukit Malut simpang ke Restoran Selera Nelayan yang kami singgah malam sebelum tu. Seriously kat sini jalan dia cantik gilosss. Bukan jalan actually tapi pemandangan sepanjang jalan tu. Laut nan meluas, memang sesuailah kalau nak ambik gambar. Tapi kitorang tak terfikir pulak nak berenti selpie selpod dulu kat situ. Kat sini jugak ade base camp navy. Malam2 mmg santekkk. Aktiviti IH biasanya start pukul 9am dan makan masa selama 4 jam. Kalau nak balik awal boleh, balik lambat pun boleh bergantung kepada abam2 bot masing2. Kitorang tunggu kat area Coco Valley Chenang. Lepastu terikut sebuah van ni yg kitorang ingat van Pak Mat. Haha. Nasib baik lepas keluar simpang depan tu Pak Mat call 'nak pegi mana tu dik'. Haha. Kelakor amat. So lepas dah confirm tu Pak Mat barulah kitorang ikut die sampai ke tempat berkumpul. Kat sini aku beli selipar RM10 sbb aku tak bawak selipar. Nak pegi pantai main air bagai tapi tak bawak selipar cerdik amattt. Ramai lagi yg ikut pegi IH ni tapi bot dan agensi lain2. Kitorang decide utk sewa satu bot utk kitorang 6 org. Takde tambah org lain sbb Pak Mat kate senang kalau nak balik ke nak pergi tempat lain takyah nak tunggu org lain. So kitorang tambah RM50. Utk seorang IH ni dalam RM30 camtu kalau dgn Pak Mat. Selalunya price range die dalam RM25-35 depends kepada agensi. Before that kitorang dpt sticker yg dilekatkan kat baju. Warna and corak depends kepada agensi. Kitorang punya warna merah gittewww.

Lepas menunggu dlm 20 minit kitorang dpt bot. Yg bawak tu budak kot sbb nmpk muda dari weolls tapi aku panggil abam bot ajurrr. First destination die bawak kitorang pergi Tasik Dayang Bunting. On the way ke sana dia tunjuk kat kitorang sebuah gunung batu kapur yg nampak seakan akan perempuan mengandung that's why it's called Tasik Dayang Bunting. Time naik bot ni mmg teringat benor dekat trip Biology kitorang time part 3 Diploma dulu dekat Pulau Banding, Grik, Perak. Kire throwback lagi la ni. Haha. Sampai dekat pulau Tasik Dayang Bunting tu kitorang turun. Dia bagi masa dalam sejam utk tour pulau tu. Pergi tasik je pun. Kat situ ade jual makan2 ngan air in case lapar+haus tapi kitorang dah spare sebotol air mineral besar. Nak ke tasik tu agak jauh dgn tangga2 lagi. Penat meolls. Kitorang lepak2 je kat tepi tasik tu. Nak masuk air tak berani sbb dalam something like 15m. Lagipun kena sewa life jacket/pelampung. Weolls save bajet. Boleh jugak kalau nak sewa bot itik yg kayuh tu dalam RM70 something kot. Dah nak dekat sejam kitorang balik semula ke jeti kecik tu dan abam bot tu dtg kat kitorang. Berguna jugak baju ni sebenarnya sbb dari jauh pun abam tu dh boleh cam kitorang. Then kitorang dibawa ke port Eagle Feeding dekat Pulau Singa Besar. Kat sini bagi makan helang. Mmg besar2 helangnya. Selalunya tourist akan bawak daging ayam utk helang tu. Tapi kitorang tgk jelah. Lepas 15 minit kitorang ke destinasi terakhir which is Pulau Beras Basah. Kat sini banyak sangat monyet liar so kalau boleh jgn bawak makanan sbb nanti die akan dekat. Bahaya wooo sbb diorang liar dan aktif. Abam tu bagi masa sejam gak kat sini. Time ni kitorang sampai hujan agak renyai tapi the Joyahs selamba ajurrr mandi manda. Asalnya nak mandi tapi agak susah nak salin baju kat situ so cancel niat tu. Masuk air jurrr. Mula2 kata nak separuh kaki je last2 sampai ke pinggang dah. Mmg Joyah betul diorang ni. Aku ngan Kema tak join yg separuh pinggang tu. Duduk kat tepi jurrr. Tapi seriously air dia sangat masin sampai rasa melekit. Kena basuh muka dengan air biasa lepas keluar air pantai tu. Then kitorang selpie depan signboard tu. Habis basah signboard tu. Haha. Kat sini jugak ada servis banana boat tapi tak sure berapa dia caj. Sebab panas+lapar kitorang decide nak balik. Kitorang tunggu tepi pantai ajurrr terus abam tu datang. Haha. Rase mcm driver jemput puleksss. Sampai kat jeti kitorang pun conquer tempat mandi kat situ. Rasenye free of charge ajurrr. Toiletries bawok sendiri takde sape nak sediakan hokkeyyy. Ckin masuk dulu ngan Jinah. Yg leftover kat luar ni isi perut dulu. Ade jual burger, bihun ngan buah kat situ tapi mahal nak mampus burger die. Daging tu dia kerat dua pastu harga RM2 so takyahla beli. Sedang menunggu tu kitorang terpikir nak pegi mandi kat masjid je kan sonang bah. Haha.Cepat2 bukak waze cari masjid terdekat. Siap Ckin ngan Jinah keluar kitorang terus pegi masjid. Tak ingat apa nama masjid tu. Lepas siap mandi+solat kat situ kitorang cari laundry sbb taknak bawak balik baju basah. Tapi dapat yg takleh siap utk haritu so cancel cari tempat lain. Then kitorang pegi makan. Ape tah nama kedai tu tapi die dekat2 ngan area masjid tu. Ingatkan ade nasi kandar tapi start lepas Asar so makan nasik biase ajurrr tapi aku tak makan sbb kenyang makan burger sebelum tu. Lunch ni dalam RM35+.

Lepas lunch kitorang balik ke Kuah cari laundry pon tak boleh siap utk hari tu. Kat bandar Kuah baru jumpa. Banyak kat area belakang KFC+Bank Islam depan Langkawi Mall+TSH. Alang2 dah sampai Kuah, panas pulak tu terus teringin nak makan ais krim. Teringat pulak haritu waktu dapat kereta ada pamplet tunjuk gambor ais krim macam sodap ajurrr. So cepat2 cari kat waze 'Snow Ice Rest Station'. Tapi aku tak ingat jumpa ke tak pakai waze tapi die dekat area Pekan Rabu. Sepinggan ice floss tu dalam RM9-10. Agak mahal tapi sedapppp angattt. Kitorang order perisa honey dew, mangga dgn coklat. Manggo is the best. Thumbs up sikekkkk. Then kitorang ke Chenang semula sebab nak ke pantai. Yang ni lepak2 je tak main air pun. Kitorang jalan sampai ke signboard ' Langkawi Permata Kedah' tu. Taktau la berapa km tapi jauh jugakla. Sepanjang pantai tu ramai la abam2 promoter mempromote utk parasailing+jetski+banana boat semua. Aku tengok diorang ni semua kulit hitam2 belaka dah boleh lawan negro hasil berjemur tengah panas selama bertahun tahun. Ecewahhh. Kalau promote ATV best jugak, aku ni penat jalan tahu nak sampai ke hujung. Sambil2 tu cuci mate tengok mat2 salleh ni tanning kulit tengah panas tu. Ade jugok yang tgh main jet ski ngan banana boat. Sampai hujung tgk org main parasailing. Haha. Semua jealous so dah simpan angan2 next trip parasailing mesti termaktub dlm list vacay. Lepas puas selpie semua kitorang balik semula ke kereta. Time nak sampai kat kereta tu Az sampai lemah lutut. Haha. Then kitorang pergi ke area Coco Valley cari souvenirs. Kat sini ada certain barang murah2. Baju dia pun aku tengok lagi murah dari yang kat Times Square. Sbb aku takdo duit so meolls tengok2 ajurrr. Sedih angattt. Haha. The Joyahs shopping kain batik ngan kain pelikat kat sini.

Dah nak dekat2 Maghrib tu kitorang terus ke Restoran Haji Ramli dekat area Chenang. Seriously mmg mahal tempat ni tapi mengenangkan ni hari terakhir dan duit makan pun ada banyak lagi so on ajurrrr. The Joyahs ni pun teringin nak makan seafood belaka. Waktu sampai tu tak ramai orang lagi tapi mmg selalunya tempat ni ramai. Mungkin sbb tu time Maghrib tapi kitorang je yg tak menyabar. Takpe, musafir kan. Haha. Kat sini kitorang order 3 ekor ketam masak telur asin, sepotong pari bakar cicah air asam, sepotong lagi bakar berlada, 10 ekor butter prawn, telur bungkus, sup daging, nasi 7 org makan, 6 variety jus. Total semua lebih kurang RM185+. Kalau nak bagi rating aku bagi 6/10. Tapi yang butter prawn tu aku suka ratah serdak2 dia. Disebabkan mahal jadi mmg kena habiskan semua cuma daging tu tak berhabis sbb liat mcm makan tayar. Haha. Lepas dinner kitorang gerak balik ke Kuah ikut jugak jalan Bukit Malut tu. Agak sunyi la tapi bila lalu kat base camp navy tu cantik je. Lampu die jelah. Haha. Sampai Kuah kitorang pegi survey harga coklat kat HIG. Kema je yang beli sbb die banyak order. Lagipun kedai dah nak tutup time tu. Lepas dah siap semua kitorang balik motel. Habis mandi+solat semua dok pakat depan cermin menilik muka masing2 yang dah sunburn sbb semua tak pakai sunblock. Mahal angattt weolls tak mampu nak beli. Hahaha padahal lupa. Dan macam biasa sesi tidur disertai sesi menarik selimut sbb sejuk. Haha. To be continued...

Wasalam

No comments:

Post a Comment

Terima kasih daun keladi sudi baca entri ini. Weu Weu.