Life is a song - sing it. Life is a game - play it. Life is a challenge - meet it. Life is a dream - realize it. Life is a sacrifice - offer it. Life is love - enjoy it.

Logo Design by FlamingText.com
Logo Design by FlamingText.com

Friday 7 August 2015

LANGKAWI, KEDAH, MALAYSIA PART 3

Assalamualaikum w.b.t.

This entry will be for the last day. Wuwuwu. Haha. Okenggg. After Subuh kitorang siap2 dah. Mama Az prepare breakfast lagi. Pagi2 tu kitorang dah packing barang sbb checkout tengahari. Then the first destination kitorang ialah Jetty Point. Kat sini nak ambik gambar ajuurrr. So mendamaikan kat sini. Kitorang photografi kat Dataran Lang tu. Pagi2 buta tu mmg takde org sgt lagi. Ade sekumpulan famili cina je waktu tu. Lepas2 tu barulah dtg orang lain. Agak susahla jugok nak ambik gambar kat sini bila takde tripod. Suruh auntie Cina tu dia tak reti nak guna DLSR. Last2 kena gilir2. Dahlah jauh nak naik ke atas tu. Dah kena exercise pagi2 tapi bukan akulah. Haha. Kalau ade GoPro kan sonang. Selpie di hujung jari gittewww. Tapi mahal sangat adesss. Aku suka port ni sebab dia ada banyak kapal2 mcm fefeeling kat oversea giteewww.

Then kitorang pergi pickup laundry kat bandar. RM14 ajurrr. Lepas tu haruslah kita shopping coklat which is aktiviti wajib kat Langkawi kateko. Kitorang ke HIG tapi bukan yg kompleks HIG. Kedai kecik aje kat area Jalan Pandak Mayah. So after grab pilihan hati dan tempahan kawan2 semua kitorang ke kedai HIG lagi satu yg jual coklat je utk topup mana2 yg takde kat kedai sebelum tu. Kat sini gak kitorang rembat minyak gamat ade 12 botol harga RM10 sbb dah tak sempat nak ke kilang minyak gamat Warisan Nusantara. Penuh boot kereta dengan plastik hijau HIG. Ni kalau mak aku tengok kompem berdarah telinga kena bebel. Hahaha.

Then weolls pegi kat TSH sbb Anis nak beli baju utk parents dia. Shoot, bila kitorang jalan2 kat sini ade beberapa jenis coklat yg lebih murah dari yg kat HIG sebelum tu. That's why advice utk survey harga dulu sebelum tu ye uolls. Dah habis shopping weolls balik bilik sbb dah nak checkout. Lepas kemas apa yg patut kita selpie selpod dulu. Kenangan kennn. Lepas checkout terus ke Restoran Haji Ali pekena nasi kandaq seround. Mmg dah plan last day nak try nasi kandar. Lame dah survey kedai ni time ulang alik Chenang ke Kuah. Restoran dia agak mudah nak jumpa. Kalau dari Chenang menghampiri bandar Kuah sebelum jumpa TSH and Langkawi Mall dia belah kiri signboard warna kuning tulis 'Restoran Haji Ali Nasi Kandar Asli'. And expect la this is mamak hokkeyyy. Rasanya ada lagi satu kat area Jalan Pandak Mayah area HIG sana. Tapi tak jumpa pulak yang tu. Waze ajurrr in shaa Allah jumpe. Time kitorang datang mmg takde org lain sbb kedai ni biasanya meriah time malam. Kat sini mmg bestla dia punye nasi kandaq utk first timer macam aku. Aku ambik ayam ros. Sedap jugakkk. Teringat ingat sampai sekarang. Next trip in shaa Allah ke Penang nak try nasi kandar Line Clear atau nasi kandar Hameediyah. Kalau The Joyahs sanggup beratur kita pekena nasi kandaq beratuq gitttewww. Signature Penang katenye. Kat sini total up dalam RM55+.

Dah kenyang, so tiba masa nak balik pulak. Sbb checkout awal and flight lambat lagi around 3.55pm kitorang ronda2 area jalan airport. Ade pakcik polis buat roadblock time tu. Kitorang kasi senyuman paling manis gitteww sbb bawak manusia lebih muatan kateko. Kitorang ckp kitorang nak balik dah pakcik, nak ke airport tapi nak jalan2 kejap. Pakcik tu kate hokkeyy ajo. Haha. Nasib baik. Kihkih. Jalan sepanjang airport ni sangat cantik hokenggg macam kat oversea gittewww. Rugi tak ambik gambar tau. Tapi Az sorang je yg bergambar time ni sbb die kata nak fefeeling Korea giteewww. Taktahula celah mana Korea dia tu. Haha. Kitorang ni dah melepek kat belakang kepenatan. Dah tak mampu nak keluar keta dah. Haha. Kat sini boleh jumpa kedai laksa power yg jugak dikatakan signature Langkawi. Just hawker stall yg jual dlm lori je tapi sebab kitorang dah kenyang and nak kejar flight so kitorang tengok je la. Lepas habis ronda kitorang patah balik dan terus ke airport sbb janji ngan abam keta sewa tu pulang keta pukul 3pm. Sampai airport lepas pulang keta terus check in dan melepak kat balai berlepas. Sambil menunggu tu ade yg solat dulu. Flight supposed pukul 3.55pm tapi delay sampai 4.15pm gitu. Time nak sampai KLIA2 tu hujan lebat so flight takleh mendarat. Macam dah malam time tu punya lebat hujan dia. After 10 minit gitu baru mendarat dgn selamat dalam 5.30pm camtu. Sampai airport, aku, Kema ngan Jinah terus beli tiket shuttle bus ke KL Sentral RM10. Kitorang tidur kat rumah mak sedara Kema sbb bas ke Raub and Temerloh takde malam. Anis, Ckin ngan Az ke TBS sbb diorang nak balik terus ke Kuantan malam tu jugak. Sampai ke KL Sentral dalam pukul 7 lebih gitu kitorang terus ke food court lapar punya pasal. Lepas dinner terus beli tiket KTM ke Mentari Court. Seriously penat gilo time ni. Dahlah rumahnya blok hujung sekali sampai2 aku ngan Jinah terus melepek kepenatan. Siap koyak2 beg Jinah sbb penuh muatan. Pakai beg roda tapi bila turun naik tangga aku jugakla yang tukang hangkutnye. Dahla kat situ banyak tangga. Ishhh stress meolls. Pukul 12 masing2 dah terbongkang lena sebab penat 3 hari baru terasa.

Esoknya pukul 7.30 kitorang dah keluar sekali dgn cousin Kema, Eidah sbb dia pegi kerja. Kitorang ambik KTM ke KL Sentral then ambik monorel ke Pekeliling. Sempat breakfast beli roti sandwich kat 7E sambil pekena hazelnut chocolate Chatime. Sampai2 kat Pekeliling terus beli tiket bas. Nasib baik takyah tunggu lama. Around 11 lebih dah sampai Raub. Sampai rumah terus melepek lagi sekali sampai petang. Haha. Penangan Langkawi gitteeww. So berakhirlah bachelor trip weolls The Joyahs ke Langkawi. Till we meet again next time Langkawi and now preparing for the next trip yang lebih exciting harapnya.

Wasalam

No comments:

Post a Comment

Terima kasih daun keladi sudi baca entri ini. Weu Weu.